Media sosial hari ini digemparkan dengan foto panas seakan mirip seorang bekas peserta program realiti dakwah, PU Riz. Menerusi laporan Mstar, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Ismail, telah membuat laporan polis berkaitan penyebaran gambal bogel miripnya.
Saya sudah buat laporan polis
Menurut PU Riz, dia sudah membuat laporan polis berhubung foto bogel tersebut. Tambahnya, dia turut menerima mesej berbaur ugutan oleh seorang individu yang meminta sejumlah wang sebelum fotonya tersebar.
Malam tadi ada orang mesej saya minta duit, dia siap buat ugutan. Tapi saya abaikan mesej individu itu. Pagi ini saya terkejut apabila tiba-tiba timbul foto lucah. Kerana itu juga saya buat laporan polis kerana lelaki itu berniat jahat terhadap saya.
Sebelum ini, nama beberapa orang selebriti turut menjadi sebutan apabila foto didakwa mirip mereka turut tersebar di laman sosial. Antara selebriti yang pernah menerima nasib yang sama ialah, Syafiq Kyle, Aiman Tino, Ismail Izani, Amar Alfian dan Idris Khan.
Sumber: Mstar