Penyanyi Shila Amzah memberitahu dia mempunyai alasan tersendiri mengapa memilih adik lelakinya, Amir Syahir sebagai rakan duet dalam pertandingan Famili Duo musim ketiga.
Artikel Berkaitan: Ubai Nafi Dakwaan Rumah Tangga Berantakan – ‘Kami Bahagia Saja Di Rumah’
Artikel Berkaitan: ‘Kami Tak Nak Stress Kan Diri Bab Anak, Kita Berdua Kena Hidup Bahagia & Sihat Mental’ – Shila Amzah
Tidak mahu dibandingkan
Menurut Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Hamzah, 33, dia lebih selesa bersama Syahir kerana adik ketiganya itu mempunyai karakter yang sama sepertinya.
Shila memilih Syahir sebagai pasangan duet kerana dalam kalangan adik-beradik kami lebih serasi dan senang berkomunikasi.
Sebenarnya dalam adik-beradik juga kami yang tak ambil kisah pasal ibu bapa. Saya pun senang berkomunikasi dengan Syahir. Ini pentas pertama dia bertanding. Dia boleh menyanyi cuma banyak yang perlu dia belajar. Selain pasangan duet, saya juga kena jadi mentor dia.
Disoal mengenai mengapa tidak mahu berduet bersama Syada dalam pertandingan ini , Shila berkata dia tidak mahu timbul apa-apa isu serta perbandingan di mata netizen.
Tambah Shila lagi, dia mahu mengelak daripada terjadinya perselisihan faham di antara mereka apabila pertandingan bermula nanti.
Di akhir temu bual, Shila turut mengaku bahawa ahli keluarganya tidak tahu mengenai pembabitan mereka dalam pertandingan ini.