berita

‘Dia Cakap Bawa Ayam’ – Pemandu Dedah Kes Wanita Buang Beg Plastik Berisi Mayat Bayi Di Depan Sekolah

July 16th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Anak adalah satu amanah, anugerah dan hadiah sangat bernilai yang dikurniakan daripada Allah SWT. Setiap insan yang bergelar ibu bapa seharusnya mendidik dan mengasihi anak-anak dengan penuh kasih sayang.

Tetapi berbeza pula yang dilakukan oleh wanita ini apabila dia dipercayai tergamak membuang mayat bayinya sendiri di hadapan sebuah sekolah.

Letak mayat bayi dalam plastik

Memetik laporan Tribunnews, perbuatan tidak berperikemanusiaan itu berlaku pada 13 Julai lalu di hadapan sebuah sekolah yang terletak di wilayah Jalan Bintara, Indonesia. Menurut sumber, pengawal keselamatan yang bertugas telah menemui bungkusan mayat bayi yang sudah berbau busuk sebelum bertindak membuat laporan polis.

Pihak polis kemudian memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tersebut. Berdasarkan rakaman CCTV, kelihatan seorang wanita yang memakai tudung berwarna ungu itu sedang membawa satu beg plastik berwarna merah dan meletakkannya di hadapan sebuah kereta. Di situ juga terdapat seorang lelaki yang merupakan pemandu kereta yang ditumpanginya.

Bila tanya kata itu ayam

@taniyah1305tega tega nya? Shollallahu Ala Muhammad Cover By Abi Rafdi – TIC.IHSAN ?usicall?

Berdasarkan keterangan yang diperolehi, pemadu kereta terbabit mengaku ada terhidu bau busuk yang datangnya dari beg plastik yang dibawa wanita itu. Apabila ditanya apakah isi di dalamnya, wanita ini menjawab ianya berisi ayam. Menurut salah seorang anggota polis, pemandu berkenaan tiada sebarang hubungan dengan suspek.

Dia cuma pemandu sahaja, dia tidak tahu isi dalam plastik itu adalah mayat bayi. Dia cuma hantar penumpang sahaja.

Hasil daripada siasatan awal mendapati, bayi berkenaan dipercayai sudah meninggal dunia ketika dilahirkan sekitar 2 hingga 3 hari lalu sebelum mayatnya disimpan di dalam beg plastik dan dibuang di tepi jalan. Suspek juga mengaku sudah lama tidak berhubung dengan pasangannya. Difahamkan, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini untuk mengetahui punca sebenar wanita ini berbuat demikian.

Sumber: Tribunnews, News Detik, TikTok

SKIP THIS AD ×