berita

‘Dia Cerita Menangis Takut, Dia Peluk Kuat’ – Ibu Mangsa Pedophilia Kongsi kes Anak Dicabul Di Tempat Tuition

March 2nd, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, topik berkenaan pedophilia semakin mendapat perhatian ramai dan kebanyakkan ibu bapa sudah semakin cakna terhadap apa-apa perubahan yang berlaku terhadap anak mereka.

Terbaru, seorang pengguna media (Azza Ahmad) telah berkongsi satu kes pencabulan yang berlaku kepada anak perempuannya baru-baru ini.

‘Yes, anak saya seorang mangsa syaitan ni’

Mangsa baru berusia 10 tahun dan kejadian ini baru sahaja lagi berlaku semasa anaknya menghadiri kelas tambahan berdekatan kawasan rumahnya. Mangsa mendakwa guru kelas tambahannya berkelakuan pelik dan mula menyentuh bermula dari muka dan kebahagian lain badannya.

‘Si predetor ni konon nak ambil barang tapi dia peluk dari belakang..’

Mangsa bijak mempertahankan diri namun tidak mampu untuk bertindak kerana bimbang tiada yang akan mempercayainya kerana guru tersebut berpenampilan seperti orang alim, Malah, isterinya juga mengajar ditempat yang sama.

‘I didn’t cry but my heart is broken..’

Hancurnya hati seorang ibu bila anaknya diperlakukan seperti itu. Mangsa hanya mampu meminta maaf kepada ibunya selepas berkongsi kejadian tersebut.

‘Ada masalah rumahtangga, masalah dengan bini..’

Ibu mangsa telah membuat laporan polis dan guru tersebut juga telah mengakui perbuatannya. Apa yang menjadi punca kepada berlakunya perkara ini adalah disebabkan pergolakan rumahtangga guru tersebut dan tekanan disebabkan oleh anak-anak yang sakit.

‘Masa buat tak fikir pun anak siapa dia nak lampiaskan nafsu setan tu..’

Ibu mangsa cuba untuk mempertimbangkan sama ada meneruskan dakwaan keatas mangsa atau tidak disebabkan oleh rasa belas terhadap kekacauan yang berlaku dalam rumahtangga guru tersebut.

‘Si durjana penunggang agama ini direman empat hari’

Azza berkongsi catatannya sepanjang proses kes ini.

20 Jan- hari kejadian

21 Jan – lepas attend taklimat sekolah, terus jumpa guru kelas and cerita pd dia, mintak izin sekolah untuk bawak anak keluar awal untuk pergi buat report. cerita kejadian mcm kt atas tu.

23 Jan- IO call dlm tengahari, maklumkan yg predator ni dlm tahanan reman 3hari, dan mungkin akan disambung tempoh reman lg 3hari sehingga kertas siasatan siap. dia akan call lg nnt untuk update kes.

28 Jan- NO update. dah 5hari since the last call yg maklumkan tempoh reman tu.
– anak pulak MC seminggu since kes tu, demam tiba2. maybe terkejut dan takut sgt. mimpi buruk n menangis hari2, mood upside down, kadang ok kadang marah, kadang nangis.
– call IO tny psl kes ni. IO kata dia akan call saya esok.

29 Jan- IO call inform yg:
– kes ni positive
– kes dah diserah pada DPP dan keputusan dlm seminggu.

4 Feb- mintak tolong org kuat Permai Hospital Edd Rashid nak bawak anak jumpa Pakar Psikologi / Kaunseling kat sana. so lepas anak blk sekolah terus pergi Hospital. tapi tak dpt jumpa Doctor, dorang arahkan untuk buat pemeriksaan dulu dekat HSA then mintak surat rujukan to Permai.

14 Feb- after lunch pergi HSA with my good friend Faliq Raja Adam, dia yg push suruh cepatkan proses, taknak biarkan si predator tu senang2 and bebas.
– register dekat emergency, dpt Star Case. which is takpayah nak tunggu turn number, terus dipanggil masuk dlm private room and jumpa Doctor.
– Doktor suruh jumpa Kaunseling dkat HSA
– lepas cerita dgn Kaunselor, dia bg 3 option:
1) jumpa Pakar Psychology dkat HSA, tp dia tak galakkan sbb HSA tak hanya focus pd kanak2, dia campur dgn adults, so masa menunggu mungkin lebih lama.
2) jumpa Child Psychiatrist dkat Permai Hospital, dorang ada Pakar khas untuk Kanak2.
3) Kauseling dekat JKM.

– obviously mmg pilih Child Psychiatrist.
– lepas settle dekat HSA terus call IO tanya update, sbb dah 2 minggu memandangkan haritu dia kata DPP akan bg result dlm seminggu je. jawapan IO,kes DPP belum bg Polis blk, mmg biasanya akan ambil masa yg lama sbb kes kanak2 ni bukan DPP biasa yg handle, tp kena review dgn Timbalan atau Pengarah DPP tu sendiri. k.
– mintak tlg Ein lg untuk set kan appointment with Child Psychiatrist kat Permai. so appointment on 22 Feb with Doctor Farah.

15 Feb- IO call inform yg dah dpt result dr DPP, dia suruh dtg IPD esok untuk discuss.

16 Feb- IO call bgtau suruh dtg malam, dia kena pergi Muar sbb ada kes. atau nak bincang dlm phone. so decide untuk discuss dlm phone.
dia bacakan result dr DPP yg mengatakan kes ni ditutup sementara, sbb takda bukti kukuh, takda saksi, then ada isteri, mak si predator ni. dan jugak ada kawan2 anak yg tuition sekali.
– lebih kurang maksud dia mcm takkan sorang pun tak nampak yg si predator ni cabul anak.
and alasan dia bg dia cuma pegang atas peha anak, konon untuk dekatkan and nak mesra dgn pelajar. padahal dia dah masukkan tgn dalam baju!

2 alasan plg bijak pernah dengar seumur hidup. takkanla si predator tu naif sgt nak cabul bg org lain nampak, kan tak masuk akal.

nangis jgkla, sedih bila rasa tak dpt perjuangkan hak untuk satu2nya anak. tak dpt nak jd Hero dia, tak dpt nak bela nasib dia. mcm2 rasa ada.

22 Feb- appointment at 8am. tp Doctor Farah takda, ada hal kat luar. so Dr lain ambik alih. after ½ an hour interview, Dr sahkan yg anak ni PTSD (post traumatic stress disorder) and ada symptom DISTRESS. dia call Dr Farah and discuss, Dr Farah suggest untuk start medication to help her reduce her stress but I want to wait until next appointment. tgk progress dia dulu mcmn sampai next appointment 6 March nnt.
– mlm tu call IO lg, bgtau dia perkembangan anak. dia kata kes dah ditutup and DPP dah bgtau mcmtu mmg susah and bla3. dia kata die akan tanya boss dia, atau nak jumpa boss dia sendiri. so setuju untuk jumpa boss dia, IO akan call ahad nnt (25 Feb) untuk bg date.

1st March- which is today. sampai ke harini takda call pun.

‘Kes dah sebulan lebih, kalau macam ni punya cerita memang para pencabul bebas kat Malaysia’

Ibu mangsa juga mendakwa kes ini masih belum dapat diselesaikan walaupun telah mencecah hampir sebulan. Apa yang membimbangkkan adalah apabila anaknya dilanda tekanan rentetan daripada peristiwa tersebut.

‘Ada akta untuk kanak-kanak..’

Azza juga nekad untuk membawa perkara ini ke bahagian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sekiranya tidak ada sebarang perkembangan bagi kes ini. berikut merupakan akta yang telah dihighlightkan oleh ibu mangsa.

UNDANG-UNDANG KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK 2017.

Bahagian IV (m/s 11-12)

KESALAHAN-KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN AMANG SEKSUAL

Amang seksual fizikal atas kanak-kanak

15. Mana-mana orang yang, bagi maksud seksual—

(a) menyentuh mana-mana bahagian badan seseorang kanak-kanak;
(b) membuatkan seseorang kanak-kanak menyentuh mana-mana bahagian badan orang itu atau bahagian badan mana-mana orang lain;
(c) membuatkan seseorang kanak-kanak menyentuh mana-mana bahagian badan kanak-kanak itu sendiri; atau
(d) melakukan apa-apa perbuatan lain yang melibatkan kontak fizikal dengan seseorang kanak-kanak tanpa persetubuhan,

melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.

Huraian—Perbuatan menyentuh boleh melibatkan perbuatan menyentuh dengan menggunakan mana-mana bahagian badan atau dengan suatu objek dan boleh dilakukan melalui apa-apa termasuk apa-apa yang dipakai oleh orang yang menyentuh atau kanak-kanak yang disentuh.

Bahagian V (m/s 13-14)

ORANG YANG MEMPUNYAI PERHUBUNGAN AMANAH

Orang yang mempunyai perhubungan amanah

17. (1) Jika seseorang yang melakukan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana kesalahan di bawah Jadual terhadap seseorang kanak-kanak, mempunyai perhubungan amanah dengan kanak-kanak itu, orang itu hendaklah, sebagai tambahan kepada hukuman yang dia boleh dikenakan bagi kesalahan itu, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang daripada dua sebatan.

(2) Dalam seksyen ini, seseorang dikatakan mempunyai perhubungan amanah dengan seseorang kanak-kanak jika kanakkanak itu berada di bawah pemeliharaan, pengawasan atau kuasanya, termasuk tetapi tidak terhad kepada—

(a) ibu atau bapa, penjaga atau seseorang yang mempunyai hubungan persaudaraan melalui pertalian darah seibu sebapa atau pertalian darah seibu atau sebapa, atau melalui perkahwinan atau pengangkatan, termasuk pengangkatan de facto;
(b) seseorang yang mengasuh seorang kanak-kanak atau lebih bagi balasan berharga bagi apa-apa tempoh masa;
(c) guru, pensyarah atau warden sesuatu tadika, sekolah, institusi pengajian tinggi awam atau institusi pengajian tinggi swasta;
(d) mana-mana orang yang menyediakan perkhidmatan jagaan kesihatan di kemudahan jagaan kesihatan Kerajaan atau kemudahan jagaan kesihatan swasta sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586];
(e) jurulatih; dan
(f) pekhidmat awam dengan apa jua pangkat dalam menjalankan kewajipannya di bawah mana-mana undang-undang bertulis berkenaan dengan kanak-kanak.

Bahagian VI (m/s 14-15)

KEBOLEHPERCAYAAN DAN KETERANGAN SAKSI KANAK-KANAK

Anggapan kebolehpercayaan saksi kanak-kanak

18. Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis, dalam apa-apa prosiding terhadap mana-mana orang yang berhubungan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan di bawah Jadual jika mangsa ialah kanak-kanak, seseorang kanak-kanak dianggap kompeten untuk memberikan keterangan melainkan jika mahkamah berpendapat selainnya.

Keterangan saksi kanak-kanak

19. (1) Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam undang-undang bertulis, dalam apa-apa prosiding terhadap mana-mana orang yang berhubungan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan di bawah Jadual jika mangsa ialah kanak-kanak, mahkamah boleh membenarkan keterangan tanpa sokongan seseorang kanak-kanak, yang diberikan dengan sumpah atau selainnya, diterima.

(2) Mahkamah, sebelum membenarkan keterangan tanpa sokongan kanak-kanak diterima di bawah subseksyen (1), hendaklah menentukan bahawa kanak-kanak itu memiliki kecerdasan yang mencukupi dan memahami kewajipan untuk bercakap benar.

‘Mungkin anggap kecil sebab belum pegang..’

Ibu mangsa meluahkan rasa geramnya kerana mungkin pihak berkaitan menganggap perkara ini hanya kes kecil yang tidak serius.

‘Mungkin predetor dah twist statement last minute dari pengakuan asal’

Namun, dia juga tidak menyalahkan pihak atasan kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh suspek juga boleh mempengaruhi kes tersebut.

‘Please teach your children about their private parts’

Ibu mangsa juga sempat menasihati pengikutnya agar mengajar anak mengenali bahagian badan mana yang tidak boleh disentuh secara sembarangan oleh orang lain. Admin harap mangsa dapat kembali ceria seperti sebelumnya dan kuat untuk mengharungi perkara ini.

Credit: Azza Ahmad

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×