Seorang wanita kongsi detik cemas apabila seorang pemuda dipercayai warga Myanmar cuba membuka pintu kereta miliknya. Menurut wanita ini, keadaan itu membuatkan dia berasa takut hingga terkejut demam.
Setakat ini masih tidak diketahui punca kejadian sebenar, namun dia bersyukur kerana sempat mengunci pintu kereta.
Sempat kunci pintu kereta
(sekadar gambar hiasan)
Syukur walaupun dalam keadaan cemas dan takut hingga kaki terasa lemah, saya sempat periksa pintu kereta dan terus menguncinya.
Kalau tidak, tak tahu apa akan jadi kerana lelaki itu cuba buka pintu belakang tempat duduk anak.
Menurut Zalliza, dia berdepan detik cemas lebih tujuh minit apabila kereta dipandunya ditahan seorang lelaki bertatu yang tidak dikenali. Kejadian tersebut berlaku berhampiran kawasan perindustrian Kampung Acheh, Sitiawan pada jam 6 petang (1 Disember 2019).
Lelaki yang dipercayai warga Myanmar cuba membuka pintu belakang kereta dipandu Zalliza berada di bawah pengaruh alkohol. Apa yang lebih menakutkan, lelaki ini cuba membuka kunci di tempat duduk anak lelaki bongsunya berusia dua tahun yang diletakkan dalam kerusi keselamatan bayi.
Ketuk cermin kereta yang lain
(sekadar gambar hiasan)
Dalam pada itu, satu kemalangan berlaku melibatkan empat kenderaan di depannya yang tiba-tiba berhenti di jalan berselekoh.
Saya nampak seorang lelaki berlari dalam hujan dan cuba memanjat pacuan empat roda Toyota Hilux tetapi tak berjaya dan kemudian dia terjatuh sebelum mengetuk cermin sebuah lagi kereta di depan saya.
Selepas itu dia menahan kereta saya pula dan mengetuk bahagian hadapan kereta sebelum cuba membuka pintu belakang tetapi nasib baik saya sudah menguncinya kerana baru perasan pintu kereta tidak dikunci ketika kejadian itu.
Kejadian itu turut menyaksikan seorang lelaki bertatu itu cuba menaiki motosikal seorang lelaki serta berlaku sedikit pergelutan antara mereka.
Lelaki itu ketakutkan seolah-olah dikejar
(sekadar gambar hiasan)
Tambahnya, peniaga di kawasan berhampiran memaklumkan lelaki warga asing itu dipercayai baru saja bergaduh dengan rakan senegaranya kerana mabuk dan dikejar individu yang mahu memukulnya.
Lelaki itu nampak macam takut, seperti mahu menangis dan lari dari sesuatu tetapi saya tidak membantunya kerana lebih mementingkan keselamatan diri dan anak.
Kejadian itu benar-benar menakutkan sehingga menyebabkan saya demam kerana terkejut.
Menurutnya lagi, kawasan berkenaan memang ramai warga asing sejak dahulu lagi dan mereka juga sering menimbulkan masalah sehingga mengganggu ketenteraman awam
Kumpulan warga asing ini suka buat kotor, mabuk serta bergaduh dan pernah sebelum ini ketika mahu ke kedai makan saya nyaris terkena botol kaca dibaling mereka yang sedang bergaduh.
Saya harap pihak berkenaan dapat memantau aktiviti warga asing di kawasan ini supaya kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi.
Sumber : Harian Metro