Di Twitter, viral video memaparkan seorang pakar motivati yang sedang membincangkan mengenai isu curang melibatkan rumah tangga seorang penyampai radio popular. Lelaki yang juga seorang influencer itu dikatakan mengeluarkan kenyataan bahawa kecurangan tersebut berlaku dengan keizinan Allah.
Susulan itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan meneliti perkara tersebut selepas ianya dibangkitkan oleh orang ramai.
‘Dia tu curang dengan izin Allah’
Influencer tersebut dilihat mengeluarkan kenyataan berhubung berlaku curang adalah izin dari Allah untuk seseorang itu melakukan perbuatan tersebut.
Dika selalu tengok sesuatu benda itu dengan apa yang Allah gerakkan. Dia tu curang dengan izin Allah. Dia tu pergi rumah perempuan tu pun dengan izin Allah. Siapakah kita nak marah orang tu dengan izinnya Allah?
Dia curang sekali pun Allah yang gerakkan diri dia tu macam ini. Dan mana tahu lepas ni dia baik gila-gila. Dia jadi alim teruk. Kita dok marah dia bodoh, curang, kaki perempuan. Tapi tak pernah cakap pula, baguslah kau buat salah.. nanti kau mesti jadi baik kan.
Akan diteliti oleh Pejabat Mufti
Susulan itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi laman Twitter telah mengeluarkan kenyataan untuk meneliti isu tersebut yang melibatkan seorang influencer.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan meneliti isu terbaru yang melibatkan seorang ‘influencer’ di mana beliau menyebut tentang seseorang curang dengan izin Allah dan sebagainya. Kami akan mengambil inisiatif untuk menjawab isu ini dengan lebih tuntas dalam masa yang terdekat.
‘Mana tahu dia baik lepas ni’
Baru seminggu pakai serban dah cerita pakai hujah tuhan
Kau nak ikut ideologi
“pergi mampus dgn mulut orang” lantak laTp tak perlu nak justify perangai buruk orang atas nama agama
Tau tak apa yg kau cakap tu menjerumus kedalam Aqidah Jabariah
Real Penunggang Agama Dika ni?? pic.twitter.com/oMiHJUiYOX
— Jazlie Dawani (@JazlieDawani) January 28, 2021
Saya minta maaf
View this post on Instagram
Taerbaru, Andika Putera menerusi posting di Instagramnya tambil memuat naik video memohon maaf berhubung kenyataannya itu sehingga mencetuskan kemarahan ramai pihak. Sehubungan itu, dia berjanji tidak akan mengulangi kesilapan tersebut lagi.
So video ini tentang isu viral tentang dengan izin Allah tu. Yang di mana Dika sendiri nak open statement yang Dika minta maaf seikhlas daripada hati Dika. So Dika harap that korang boleh maafkan Dika. Dika cakap tu a lot misleading yang boleh menyebabkan perbalahan.