Kehilangan insan tersayang seperti adik kandung buat kali kedua, pasti meninggalkan kesan yang amat mendalam buat diri seseorang dan keluarga. Mana tidaknya, darah daging sendiri, kan.
Menerusi Twitter Rita, gadis ini berkongsi detik hiba semasa menerima panggilan telefon daripada ibunya yang menyatakan bahawa adik kandung sedang nazak di hospital. Keadaan ketika itu hanya dirinya dan Allah saja yang tahu betapa luluhnya hati.
Aku gagah juga balik
Hilang 2 adik sebab penyakit yang sama
Allah uji sebab kamu kuat
Reaksi netizen
Rata-rata netizen mengucapkan salam takziah buat Rita dan keluarganya. Netizen turut mendoakan supaya keluarga itu terus kuat dan tabah menghadapi dugaan yang mendatang.
Sumber: Rita