berita

‘Dia Dah Meninggal Sebulan Lalu’ – Kisah Pejuang Kanser Tahap 4 ‘Cari’ Ibu Susuan Untuk Anak Undang Sebak

June 20th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Kadangkala walaupun tempoh perkenalan itu singkat tetapi memori yang dicipta bersama pasti akan kekal dalam ingatan sampai bila-bila.

Seorang pengguna Facebook iaitu Nurul Amirah Hanim Umar atau lebih dikenali dengan panggilan Yuyue berkongsi satu kenangan yang tidak dapat dilupakan apabila dipertemukan dengan seorang insan yang sangat tabah. Lebih meruntun hati apabila wanita tersebut meminta bantuan Yuyue untuk menjadi ibu susuan anaknya.

Kanser payudara tahap 4

Menceritakan kisah itu, Yuyue memberitahu semuanya bermula pada 18 April 2018 iaitu ketika dia bersama wanita itu yang dikenali dengan nama AH berada di Korea. Pada ketika itu AH hanya bertanya tentang satu produk yang dijual Yuyue (yl) dan 4 bulan selepas itu dia nekad untuk membelinya.

Dia cakap dah ready nak beli and dia nak focus dekat nak tackle stress issue. Sebab apa? Sebab Allah takdirkan dia insan yang terpilih untuk dapat ujian yang sangat berat untuk seorang perempuan.

Menurut Yuyue, AH ialah seorang ibu yang memiliki dua anak disahkan menghidap kanser payudara tahap 4. Sejak daripada itu, AH dan Yuyue mula berkawan memandangkan wanita itu merupakan salah seorang pelanggan tetapnya. Yuyue turut menyifatkan AH seorang wanita yang tidak lokek dengan senyuman dan sentiasa positif.

So memang kadang kadang looking at her smiling at me pon Yuyue sebak. Sebak kenangkan betapa struggle dia nak face everything yang Allah duga dia.

Cari ibu susuan

Kemudian pada 30 Ogos 2019, AH telah meluahkan hajatnya dengan meminta bantuan kepada Yuyue untuk menjadi ibu susuan anaknya. Secara kebetulan pada ketika itu, Yuyue baru sahaja melahirkan anaknya, Sarah.

A week plus lepas sarah lahir. Dia pm lepas nampak post labor story Yuyue.

‘Takut ada tumor besar’

Menerusi perbualan tersebut, AH terpaksa mencari ibu susuan buat anak yang baru dilahirkannya memandangkan keadaan kesihatannya tidak mengizinkan untuk memberi ‘breastfeed’.

‘Terima kasih Yuyue’

Baby dah minum susu

AH juga dikatakan kerap menghantar pesanan dengan meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Yuyue kerana sanggup menolong dan sudi menjadi ibu susuan kepada anaknya itu.

‘Dia dah meninggal’

Pada bulan Jun 2020, Yuyue dikhabarkan dengan satu berita sedih tentang pemergian AH. Suami arwah memaklumkan kepada Yuyue bahawanya isterinya telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 14 April 2020 yang lalu. Dalam kesempatan itu, suami arwah turut memberitahu isterinya itu menyifatkan Yuyue seorang wanita yang sangat baik dan dia bersyukur kerana dipertemukan dengan Yuyue.

Sumber: Nurul Amirah Hanim Umar

SKIP THIS AD ×