berita

‘Dia Dulu Gangster, Ahli Kongsi Gelap, Main Perempuan..’ – Wanita Buntu Dengan Kisah Silam Bakal Suami

April 10th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Luahan seorang wanita di Twitter telah mendapat perhatian warganet, yang dilema setelah mengetahui tentang kisah silam bakal suami.

Artikel Berkaitan: Datang Dalam Keadaan Mabuk & Lambat, Pengantin Lelaki Putih Mata Isteri Dikahwinkan Dengan Saudara Sendiri

Artikel Berkaitan: Mabuk & Berkelakuan Lucah, Pelakon Didenda RM20..Rupanya Tersenarai Sebagai Orang Dikehendaki

Minta pandangan netizen

Gambar sekadar hiasan

Menerusi perkongsian tersebut, wanita itu mendedahkan bahawa pasangannya pernah terjebak dengan aktiviti kongsi gelap dan lebih parah lagi dia juga terlibat dengan najis dadah.

Dia dulu teruk, gangster, ahli kongsi gelap, pukul sana sini, main perempuan, minum arak, dadah.

Namun, pasangannya itu sudah mula berubah setelah mengenalinya dan memilih wanita tersebut sebagai bakal isteri kerana keperibadiannya yang baik.

Dia jumpa saya dia terus perlahan-lahan nak berubah, dah mula solat, berzikir, fikirkan kerja, fikirkan kewangan.

Dia juga sedang mencari jodoh dan dia memilih saya sebab perwatakan saya yang ayu, lembut, manis, menutup aurat. Dia nak saya jadi bakal isteri dia sebab saya solehah.

Dalam pada itu, dia turut meluahkan rasa kesal kerana keinginanya untuk mengetahui tentang latarbelakang lelaki itu telah menyebabkan dia kini sukar menerima pasangannya.

Betullah orang cakap, jangan cerita aib kisah lalu kita nanti kita tak boleh terima. Tapi saya dapat tahu daripada orang lain, jadi saya minta dia ceritakan semua.

Selepas dah tahu, saya macam tak boleh terima dia, tapi saya pun bukanlah malaikat tanpa sayap.

Respon netizen

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet yang menasihatkan wanita tersebut supaya tidak memaksa diri sekiranya tidak boleh menerima pasangannya itu sebagai suami. Malah mereka juga mengingatkan dia agar tidak merisikokan diri dengan lelaki yang seperti itu kerana dia belum tentu benar-benar berubah.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×