Tahniah buat pelakon, Hafidz Roshdi yang selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, Athira Yuhada dalam satu majlis yang diadakan di Glass House Event Space, Glenmarie, Shah Alam.
Artikel Berkaitan: Hafidz Roshdi & Athira Yuhada Sah Bergelar Suami Isteri – ‘Alhamdulillah’
‘First love’ Hafidz
Menurut pelakon drama ‘Tundukkan Playboy Itu’, dia bersyukur kerana dapat mendirikan rumah tangga sekali lagi selepas gagal mengekalkan perkahwinannya sebelum ini bersama bekas isteri, Nurul Shuhada.
Tambah Hafidz, dia berharap agar perkahwinannya dengan Athira yang merupakan cinta pertamanya berkekalan hingga ke akhir hayat.
Dia ‘first love’ saya. Kami berkawan sejak usia 15 tahun dan pernah bercinta sebelum ini.
Alhamdulillah saya bersyukur apabila Allah beri peluang untuk saya menjadi suami sekali lagi. Insya-Allah saya akan jalankan tanggungjawab ini dengan baik.
Moga pernikahan ini kekal hingga akhir hayat. Doakan yang terbaik untuk perkahwinan ini.
Dia terima segala kekurangan dan terima saya seadanya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 29 tahun ini mendedahkan bahawa dia sama sekali tidak akan menghiraukan kata-kata negatif dari orang luar mengenai perkahwinan terbaharunya ini.
Saya tak nak ambil kisah. Biarlah apa mereka nak cakap.
Terdahulu, berita mengenai perkahwinan Hafidz dan Athira menjadi bualan hangat netizen selepas kad undangan perkahwinan yang tertera nama kedua-dua mereka tular.
Menerusi butiran tersebut, majlis resepsi pasangan terbabit dipercayai bakal berlangsung pada sebelah malam di sebuah dewan acara di Shah Alam.
Sebelum ini, Athira didakwa menjadi punca keretakkan rumah tangga Hafidz dengan bekas isteri, Nurul Shuhada.
Bagaimanapun, Hafidz dilihat tidak mahu memberikan sebarang ulasan mengenai dakwaan bakal berkahwin dengan Athira dan memilih untuk mengunci mulut.
Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 namun sah bercerai pada 27 Julai lalu.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun.
Sumber: Media Hiburan