Baru-baru ini, kapsyen yang dimuat naik oleh pelakon, Bella Astillah di Instagram berhubung wanita yang suka mendekati suami orang berjaya mencuri perhatian netizen.
Artikel berkaitan: ‘Awak Bukan Perempuan Murahan? Jadi Awak Pelacur Sukarela?’ – Bella Astillah Naik Angin Dekat Siapa Tu?
Berikutan daripada itu, pihak OhBulan! cuba mendapatkan kenyataan Bella berhubung kapsyen tersebut.
Risau kejadian lama berulang kembali
Menurut Bella, baru-baru ini dia berasa sangat marah terhadap seorang pelakon wanita yang cuba mendekati suaminya, Aliff Aziz. Ujar Bella, pelakon tersebut telah missed call suaminya sebanyak 7 hingga 8 kali pada waktu pagi.
Masalah peribadi semua orang ada. Ujian bersilih ganti. Alhamdulillah semakin hari semakin baik. Dah dapat penyelesaian. Bukan apa, Bella risau kejadian lama berulang kembali. Sebagai isteri kita ada perasaan cuma, Alhamdulillah Aliff tunjuk banyak perubahan selepas kami rujuk kembali.
Memang Bella tuju posting itu kepada si dia sebab tak nak terjadi lagi. Selepas Aliff buat comeback, tak ada masalah. Cuma yang baru-baru ni ada masalah. Bila kita tengok hari-hari ada missed call dan sebagainya yang saya rasa tidak perlu sampai 7 hingga 8 kali. Bila saya periksa dengan artis lain, ternyata nombor yang sama. Saya rasa dia pun tahu. Saya cukup marah.
Sebagai seorang pelakon juga, Bella berkata dia sangat menghormati perasaan isteri kepada hero gandingannya.
Saya pernah berlakon dengan suami orang iaitu abang Zamarul. Saya tak pernah berhubung dengan dia. Selalu saya akan cakap dengan kak Diana. Kadang-kadang dekat set saja. Sekali kita mungkin boleh faham. Mungkin dia ada tertinggal apa-apa. Tapi 7 hingga 8 kali saya tak nampak sebab.
Disoal sama ada Bella meminta penjelasan ataupun tidak daripada pelakon wanita tersebut, ibu kepada dua orang cahaya mata ini memberitahu dia sudah meminta penjelasan. Namun, penjelasan yang diberikan ternyata membuatkan dirinya berasa terkejut.
Bila saya minta penjelasan, dia minta maaf. Dia kata dia bodoh dan tersuka suami saya.
Berani beritahu saya
Berbicara lebih lanjut, Bella berkata dia dan Aliff sudah berbincang mengenai masalah tersebut. Tambah Bella, Aliff bersetuju untuk tidak berlakon dengan pelakon wanita itu selepas ini.
Saya risau sebab sekarang ramai yang berani memberitahu ya. Bella rasa sungguh kecil. Orang tak hormat saya sebagai isteri. Itu sahaja yang Bella boleh kongsi. Aliff dah terangkan kepada Bella dan kami berbincang dengan cara yang matang. Harapan Bella, kita nak bekerja kena betulkan niat. Saya harap lepas ni, bila kita tahu pelakon itu suami orang, kita kena lebih berwaspada dan jaga batas. Biar orang hormat diri kita.
Ditanya pula sama ada Bella sudah memaafkan pelakon wanita tersebut ataupun tidak, anak kelahiran Sabah ini berkata dia tidak boleh berfikir buat masa ini.
Bella harap tak ada lagi cerita yang tak baik. Bella sayang rumah tangga. As for now, Bella manusia biasa. Macam yang lepas, saya dah maafkan. Saya tak ingat dah. Mungkin Allah yang berikan kekuatan dekat saya. Cuma yang baru ni saya tak boleh brain. Heroin itu patutnya tahu apa yang dah berlaku dulu. Jadi, harapan Bella harap Aliff cepat habis penggambaran. Aliff ada ajak Bella datang set kalau ada waktu lapang.