Kapsyen yang dimuat naik oleh pelakon, Bella Astillah di Instagram berhubung wanita yang suka mendekati suami orang berjaya mencuri perhatian netizen.
Artikel berkaitan: ‘Aliff Berusaha Berubah Jadi Insan Lebih Baik, Saya Mahu Berubah Bersamanya’ – Bella Astillah
Artikel berkaitan: ‘Bila Kami Tak Post Cakap Kami Gaduh, Bertebaran Fitnah!’ – Bella Astillah
Saya tak boleh tahan
I can’t stand when a woman knows a man is clearly taken and she continues to throw herself at him. It shows just how desperate and pathetic she truly is. And after I typed her name in a text it auto-corrected to, “whore”. No wonder.
Menerusi kapsyen yang ditulis, Bella dipercayai tidak mampu mengawal perasaan apabila seorang wanita tergamak menganggu lelaki yang sudah mempunyai pasangan. Ujar Bella, perbuatan wanita tersebut sangat terdesak dan menyedihkan. Berikutan posting tersebut, netizen mendakwa ada orang cuba menganggu rumah tangga Bella dengan Aliff.
Selain kapsyen, Bella dilihat memuat naik beberapa Instagram Story berhubung ‘perempuan murahan’ dan ‘pelacur’.
Meskipun tidak mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku, ibu kepada dua cahaya mata ini kelihatan masih tenang dan bahagia bersama suami tercinta. Hal ini, dapat dilihat apabila kedua-dua mereka membuat panggilan video ketika berada di tempat kerja.
I miss you b!
Dalam pada itu, ibu mentua Bella iaitu Fiza Aziz turut berkongsi kata-kata semangat buat menantunya itu. Ujar Bella, dia sangat gembira kerana memiliki ibu dan ayah mentua yang sangat baik dan menyayanginya.
Sumber: Bella Astillah