berita

‘Dia Keluar Dating, Yang Jaga Bibik’ – Noh Salleh Dakwa Mizz Nina Punca Trauma, Sanggup Mati Nak Lindung Musa

February 6th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh menafikan dakwaan bekas isterinya, Mizz Nina yang mengatakan anak angkat mereka, Musa menghadapi trauma sepanjang berada di bawah jagaannya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dakwa Dapat Hak Penjagaan Penuh Musa, Noh Salleh Persoal Mizz Nina – ‘Apa Bukti Dia Penjaga Tunggal Musa?’

Musa trauma bawah jagaan Nina?

Ketika ditemui OhBulan!, Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh berkata, Musa begitu bahagia dan gembira meskipun hanya dapat meluangkan masa bersamanya dalam tempoh yang singkat.

Namun, pelantun lagu ‘Kotak Hati’ itu mendakwa Musa menghadapi trauma ketika di bawah jagaan Nina.

Hanya orang yang hebat jaga Musa sahaja yang boleh buat dia gembira. Selama tiga minggu dengan kami, bangun tidur dengan kita, dia sangat gembira.

Saya tidak pernah tengok muka Musa gembira seperti itu.

Mana pergi traumanya? Kau (Nina) tak pernah jaga dia, tinggal pergi dating, Amerika Syarikat. Yang jaga Musa bibik. Trauma itu bawah jagaan dia.

Noh berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada Selasa.

Sementara itu, Noh tampil menegaskan bahawa dia sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan keselematan Musa dilindungi.

Namun, dia hanya akan berjuang dengan cara yang betul iaitu melalui undang-undang yang telah ditetapkan.

Saya sanggup mati untuk melindungi Musa. Saya akan buat dengan cara yang baik, bukan dengan cara fitnah di media sosial.

Tidak seperti mereka, tak tahu kenapa keluar kenyataan kata culik (Musa). Saya akan ikut undang-undang, saya tidak mahu rakus.

Saya akan memohon untuk lawatan walaupun kita tahu dia tidak akan bagi sebab dah sekat nombor telefon.

Semalam, Mizz Nina yang diwakili peguam dan suami memutuskan untuk memfailkan penarikan balik untuk kes penjagaan penuh dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara bagi anak angkatnya, Musa.

Terdahulu, Nina mendakwa Noh membawa keluar Musa tanpa sebarang kebenaran dan pengetahuannya.

Menurut Nina, kejadian itu berlaku pada 19 Disember tahun lalu sewaktu dirinya dalam penerbangan ke Tokyo, Jepun atas urusan kerja.

Walau bagaimanapun, Noh menafikan dakwaan yang mengatakan adanya unsur penculikan. Malah, Noh mendakwa sudah mendapatkan kebenaran ibu kandung Musa untuk menjaga kanak-kanak itu.

Noh kemudiannya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dituntut oleh ibu kandung kepada anak angkatnya, Musa, yang hanya mahu dikenali sebagai Athira.

Untuk rekod, Noh dan Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman mendirikan rumah tangga pada Julai 2011, namun, bercerai pada Ogos 2022 dan tidak dikurniakan zuriat.

SKIP THIS AD ×