berita

‘Dia Letak Sesuatu Ke Dalam Kemaluan’ – Ibu Dakwa 2 Anak Dicabul Adik Ipar Berusia 17 Tahun

July 10th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Kes cabul melibatkan kanak-kanak seringkali terjadi sama ada di Malaysia mahupun luar negara. Kejadian seperti ini bukan sahaja memberi kesan fizikal terhadap mangsa malah ianya juga membuatkan mereka trauma seumur hidup.

Begitulah kisah yang dikongsikan seorang pengguna Facebook apabila dua orang anak perempuannya didakwa telah dicabul oleh adik iparnya yang berusia 17 tahun. Lebih mengejutkan apabila kedua-dua mangsa masih kecil dan baru sahaja berusia 7 dan 4 tahun.

Cabul budak 7 dan 4 tahun

Menerusi perkongsian tersebut, wanita ini memberitahu kejadian itu berlaku di Pasir Puteh semasa dia dan anak-anak berada di kampung untuk melawat ibunya yang sakit.

Tetapi dia langsung tidak menyedari bila kejadian itu berlaku sehinggalah beberapa hari selepas kejadian, mangsa baru buka mulut menceritakan bahawa adik iparnya itu telah meletakkan sesuatu ke dalam kemaluan mereka. Tambah wanita ini lagi, semasa mengetahui kebenaran itu, dia dan anak-anaknya sudah pun berada di kediaman mereka yang terletak di Jengka, Pahang.

Laporan polis perlu dibuat

Menurutnya, pihak polis di Jengka, Pahang didakwa tidak dapat meneruskan laporan tersebut memandangkan kejadian itu berlaku di Pasir Puteh. Oleh itu, dia perlu membawa kedua-dua anaknya pulang semula ke Pasir Puteh untuk tindakan lanjut. Wanita ini juga dipercayai mengalami masalah kewangan untuk ke Pasir Puteh dan telah meminta bantuan orang ramai.

Bukan itu sahaja, dia turut bernekad untuk mempertahankan dan menuntut keadilan buat anak-anaknya walaupun keluarga mertua melarangnya membuat laporan berhubung isu berkenaan.

Sertakan maklumat penting

 

Perkongsian wanita itu telah mendapat perhatian seorang pengguna Facebook iaitu Syed Azmi dikatakan agak musykil dengan beberapa maklumat yang dimaklumkan. Menurut individu ini, sekiranya ingin viralkan sesuatu perkara, segala maklumat penting seperti tarikh, nama, tempat dan masa perlulah disediakan.

Tambahnya lagi, kes ini juga boleh dirujuk di mana-mana balai polis dan pegawai penyiasat akan melaporkannya kepada balai polis berdekatan dengan tempat kejadian. Seperti kes wanita ini, dia boleh membuat laporan di balai polis Jengka, Pahang serta menjalani pemeriksaan di hospital kerajaan di sana sahaja.

Proses perlu telus

Sementara itu, individu ini turut meminta wanita berkenaan untuk melampirkan laporan polis supaya dapat mengetahui situasi sebenar yang berlaku. Tambahnya lagi, dia tidak pernah berdepan dengan masalah logistik yang begitu rumit sepanjang menyelesaikan kes-kes sebelum ini.

Sumber: Syed Azmi

SKIP THIS AD ×