Semua sedia maklum bahawa Johan dengan Zizan ni merupakan rakan baik dan diorang punya rapat umpama adik-beradik. Walaupun sibuk dengan kerjaya masing-masing, mereka tetap mengambil berat antara satu sama lain. Mula kerjaya di Gelanggang Raja Lawak, mulakan kerjaya dengan nama Jozan dan dua-dua boleh katakan berjaya menempah nama dalam dunia hiburan.
Tapi apa yang membezakan dua sahabat ni ialah Johan sudah berumah tangga, manakala Zizan masih mencari pasangan hidup. Oleh itu, Johan berkongsi dengan orang ramai apa nasihat yang diberikan untuk Zizan. Wah, mendalam juga nasihat Johan ni.
‘Saya rasa dia sudah cukup bersedia’
Johan pernah menasihati Zizan supaya cepat berkahwin dan membina keluarga. Katanya lagi, dia mahu Zizan lebih fokus dalam mencari erti kehidupan sebenar.
Sebenarnya Zizan pernah beritahu yang dia kagum dan suka lihat cara saya yang berpakaian sederhana dan banyak melebihkan isteri serta anak-anak.
Dia kata suatu hari nanti dia mahu jadi macam saya. Saya terus menasihati dia supaya kahwin cepat kerana selepas berkahwin baru dia akan tahu makna kehidupan sebenar.
Pada saya selagi dia tak berkahwin selagi itu dia tidak akan berfikir tentang tangunggjawab. Lagipun saya rasa dia sudah cukup bersedia dari segi ekonomi untuk berkahwin.
Yakin Zizan akan jadi lebih matang
Tambah pengacara radio ERA tu lagi, dia yakin Zizan akan lebih matang untuk menempuh kehidupan seterusnya jika dia ambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang.
Saya habiskan masa hampir dua jam dengan Zizan hanya bercakap mengenai perkahwinan malah sempat saya ceritakan perjalanan saya dan isteri daripada susah hingga hidup lebih senang sekarang.
Bagi saya setiap orang yang berkahwin akan menjadi lebih matang.
Meskipun orang itu lebih muda tetapi bila dia berkahwin saya boleh jamin dia lebih matang daripada orang yang lebih tua tetapi tidak berkahwin.