Nampaknya kisah rumahtangga Ezany Nizariff dan isterinya, Lizda yang dikatakan sedang bergolak akan menjadi semakin hangat selepas ini.
Mana taknya, selepas Ezany membuat pengakuan bahawa bahtera perkahwinan mereka bagaikan sudah berada di hujung tanduk, isterinya itu didakwa telah dilarikan oleh seorang lelaki.
Artikel Berkaitan:
- Hubungan Kami Suami Isteri Sudah Berada Di Hujung Tanduk – Ezany Nizariff Akui Bakal Bercerai
- Bila Bangun Saya Tengok Dia Sudah Tiada – Isteri Ezany Nizariff Hilang
Namun, apa yang lebih memeranjatkan, semalam Ezany telah memuat naik sekeping foto mesra Lizda dengan seorang jejaka yang dipercayai merupakan skandal isterinya itu. Wah. Biar betul!
Ezany muatnaik foto isterinya bersama seorang lelaki di laman facebook
Selain mendakwa bahawa dirinnya telah disihir, Ezany turut memberitahu bahawa seorang lelaki yang juga merupakan suami orang telah menghantar private message Facebook kepadanya dan menggelarnya ‘sial’. Amboi. Kasarnya bahasa.
Antara luahan perasaan Ezany Nizariff
Apapun, diharapkan agar Ezany dapat bersemuka empat mata dengan isterinya itu dan mencari jalan penyelesaian bagi kemelut rumahtangga mereka ini.