berita

‘Dia Menghampiri Saya Dengan Alasan Untuk Membaiki Mikrofon, Tetapi Sebaliknya Pegang Bahagian Dada Saya’

September 20th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim, 45, mengaku pernah berdepan gangguan seksual ketika mula-mula berkecimpung dalam industri hiburan.

Artikel Berkaitan: Pernah Jadi Mangsa Gangguan Seksual, Serene Clair Bangkit Atasi Trauma

Alasan nak baiki mikrofon

Menerusi laporan Harian Metro, Sarimah memberitahu dia diganggu seorang lelaki ketika mengacarakan sebuah program.

Individu terbabit menghampiri saya dengan alasan untuk membaiki mikrofon, tetapi dia sebaliknya memegang bahagian dada saya.

Tambah Sarimah, lelaki tersebut yang juga kru program itu turut mengambil kesempatan memegang tubuhnya ketika membaiki mikrofon sebelum program bermula.

Saya terpaksa senyum seolah-olah tidak terkesan dengan situasi itu. Dia sempat memuji saya cantik ketika itu. Dia juga kata kami akan nampak hebat jika bersama tapi dia sudah berkahwin.

Bercerita lebih lanjut, lelaki itu turut mengajaknya bercuti bersama sebagai syarat untuk kekal menjadi pengacara musim seterusnya.

Selain berdepan gangguan seksual, Sarimah turut mendedahkan dia pernah diminta untuk mengenakan pakaian seksi di depan seorang pengarah.

Ada sekali itu, seorang pengarah suruh saya masuk bilik pakaian untuk rancangan itu. Dia suruh saya pakai baju seksi dan sudah siapkan baju-baju untuk saya pamerkan dalam bilik itu. Saya tanya kenapa saya kena pamerkan di dalam bilik ini bersama pengarah itu secara seorang diri. Situasi itu sangat aneh.

Saya tak nak dan enggan menunjukkan bahagian lengan. Selepas itu saya tak dapat tawaran seterusnya tapi ada rezeki lain selepas itu.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×