berita

‘Dia Menjadikan Saya Seorang Isteri Yang Bahagia’ – Isteri Fizo Omar Puji Suami Pandai Jaga Hati

June 7th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Umum mengetahui, pelakon dan usahawan Fizo Omar dan isteri, Fazeera Nazri kini sedang menantikan kehadiran cahaya mata pertama mereka berdua. Terbaru, Fazeera dalam satu hantaran di laman Instagram memuji cara Fizo menjaganya ketika dia sedang mengandung.

Pandai sejukkan hati

Foto: Instagram Fazeera Nazri

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya malam tadi, bekas pramugari itu berkongsikan rasa syukur terhadap suaminya, dan memuji cara Fizo yang pandai menyejukkan hatinya hanya dengan kata-kata.

Cara dia meyakinkan saya dengan sepenuh hati menjadikan saya seorang isteri yang lebih bahagia, wanita yang bersyukur, dan versi diri sendiri yang paling yakin.

Menurutnya, Fizo sentiasa menghargai isterinya dan selalu memberikan ruang untuk dia ‘memanjakan’ diri sendiri, selain memberi kata-kata keyakinan bahawa dia layak mendapat semua ganjaran tersebut.

Baru lepas berbual dengan suami malam sebelum ini. Dia beritahu ‘sebelum bersalin, saya nak awak yakin dan percaya pada diri sendiri. Pergi hargai kecantikan awak, solekkan kuku, rambut, dan manjakan diri sebanyak yang boleh, pergi ke spa. Awak layak dapat semua itu!’

Wanita dahagakan penghargaan! Kami perlu ‘dilihat’ oleh orang yang kami sayang.

Wanita perlukan kehadiran anda, bukan hadiah-hadiah anda.

Saya suka cara dia sampaikan sayangnya pada saya. Kehadirannya buat saya rasa ‘hidup’.

Sangat beruntung

Di ruangan komen, rata-rata pengikut Fazeera tumpang gembira dan terinspirasi dengan perkongsian tersebut, serta tidak kurang juga yang mendoakan agar urusan pasangan itu dipermudahkan.

Terdahulu, Fizo dan Fazeera berkahwin pada 21 Oktober 2021 dan pada Februari 2022, mereka mengumumkan bakal menerima kehadiran ahli keluarga baru.

Sumber: Instagram Fazeera Nazri

SKIP THIS AD ×