berita

‘Dia Minta Password Phone & Apple Id’ – Wanita Ini Kongsi Pengalaman Rakan Dipukau

March 11th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Hidup dalam zaman serba mencabar ni memerlukan duit yang mencukupi untuk terus bersaing dan manusia sanggup melakukan apa sahaja. Kadar jenayah pula semakin meningkat dari hari ke hari.

Baru-baru ini, seorang pelajar kolej berkongsi cerita tentang rakannya yang kehilangan sebiji telefon bimbit berjenama Apple.

‘Kalau keluar rumah tolong tundukkan pandangan..’

 

Pengguna twitter ini yang dikenali sebagai Sue berpesan kepada semua wanita untuk berhati-hati ketika keluar ke rumah kerana rakannya baru sahaja menjadi mangsa pukau.

‘Minta kata laluan telefon dan id Apple’

Katanya, lelaki yang didakwa memukau rakannya meminta kata laluan dan id telefonnya dan menunggu pakcik tersebut dating kembali ke tempat kejadian.

‘Hantar pesan suara melalui whatsapp..’

Rakannya tidak dapat dihubungi selepas memberitahu kelewatannya sampai ke kelas yang berlangsung pada jam 3 petang.

‘Sampai ke kelas terus nangis, panik, dan terduduk di lantai..’

Rakannya menceritakan apa yang berlaku sesampainya di kelas dan mereka menghubungi keluarganya untuk memaklumkan kejadian tersebut.

‘Cuba find IPhone, tapi tak dapat..’

Mereka cuba membantu dengan menggunakan akses find IPhone tapi tidak dapat dikesan dan berkemungkinan lelaki tersebut sudah pun menukar informasi yang ada dalam telefon tersebut. Mereka juga membuat laporan di kolej dan bank bagi mengelakkan pakcik tersebut memperoleh akses melalui aplikasi maybank2u yang terdapat dalam telefon bimbit milik mangsa.

‘Tak kira laki ke perempuan, tolong jaga diri..’

Sue meminta semua orang untuk lebih berhati-hati semasa berada dirumah bagi mengelakkan perkara tidak diingini seperti ini berlaku.

‘Lebih tepat lagi 3 orang dah kena..’

Beberapa mangsa lain juga menceritakan perkara yang hamper sama berlaku di kompleks membeli belas sekitar Lembah Klang. Nasihat admin, berhati-hatilah dimana pun korang berada dan sentiasa berwaspada dengan orang yang tak dikenali.

Credit: @Suuuuee_

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×