Pelakon Datin Seri Umie Aida sebelum ini ada meluahkan rasa di Instagram mengenai seorang sahabat yang didakwa telah mengecewakan dirinya. Di dalam entri tersebut, dia mendakwa kepercayaannya telah dikhianati berulang kali oleh sahabat baik sendiri. Walaubagaimanapun, status tersebut dipadam beberapa jam selepas dimuatnaik.
Terbaru, Erra Fazira memohon maaf dan mengakui telah menyakiti hati sahabatnya itu. Tambahnya lagi, dia belajar dari kesilapan serta mahu membaiki kekurangan diri.
‘Telah mengecewakan dia buat kali ketiga’
Kepada semua, saya mohon maaf di atas segala yang terjadi. Saya manusia biasa yang ada buat salah dan pernah menyakiti hati teman saya, Datin Sri Umi Aida. DS Umi Aida pernah memaafkan saya sebelum ini dan saya telah mengecewakan dia buat kali ketiga. DS Umi Aida memendamkan perasaan ini dan dia juga pernah text saya dengan baik. DS Umi tiada bukti dia tak akan bersuara. Saya harap dengan pengakuan ini, hentikan perbalahan semua ya. Saya belajar kesilapan saya dan saya baiki kekurangan saya. Ternyata saya banyak kekurangan dan saya harus terus baiki diri. Saya mohon maaf sekali lagi pada semua juga DS Umi Aida.
‘Mintalah pertolongan dengan Allah’ – Umie Aida
View this post on Instagram
Percaya pada kuasa Allah dan bersabar berdoa.. Allah pasti akan memberi jawapan . Doa sangat mustajab 3pagi – subuh… insha’allah segalanya dgn izinNYA.
Sumber : Umie Aida , Erra Fazira