Bapa kepada pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Afdlin Shauki hari ini dilaporkan telah meninggal dunia. Arwah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada jam 2.57 pagi.
Berita duka ini disampaikan Afdlin Shauki sendiri melalui satu posting di laman Instagramnya.
Senyuman terakhir papa
Afdlin Shauki meluahkan rasa hiba dengan pemergian bapa tersayang. Katanya selepas ini tiada lagi senyuman daripada bapanya yang tidak habis-habis membuatkan orang lain berasa ceria.
Arwah bapa sempat berpesan supaya diampunkan dosanya sekiranya pernah melakukan kesalahan kepada sesiapa sebelum ini.
Ampunilah ayahku
Sebelum ini, Afdlin Shauki ada memuat naik sekeping gambar di hospital memohon orang ramai mendoakan bapanya yang masih di dalam pembedahan. Dia berharap itu bukanlah kali terakhir berjumpa dengan bapa tersayang.
Sumber : Afdlin Shauki