berita

‘Dia Peserta Kegemaran Saya’ – Kanak-Kanak Menangis Bila Diberitahu Abam Bocey Meninggal Dunia

February 10th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Disahkan meninggal dunia pagi tadi akibat demam panas, kehilangan Abam Bocey dirasai sehingga ke sekarang. Di twitter seorang kanak-kanak lelaki menangis teresak-esak selepas mengetahui berita sedih ini. Tidak dapat digambarkan perasaan seorang peminat kanak-kanak turut terasa atas pemergian ini. Sebaknya, sabarlah adik.

Menangis teruk

Mendapat lebih 1k retweet, ramai bersimpati melihat kanak-kanak ini yang kelihatan begitu sedih tidak dapat menahan sebak. Video ini dirakam oleh kakak saudaranya sendiri yang memaklumkan bahawa pelawak kegemarannya sudah meninggal dunia.

Dia merupakan antara kumpulan kegemaran saya dalam Maharaja Lawak. Dia merupakan antara peserta kegemaran saya.

Kanak-kanak itu turut menangis saat ditanya kenapa menangis. Dia turut mengaku bahawa Abam Bocey merupakan antara peserta kesukaannya di dalam Maharaja Lawak. Alahai sedihnya.

Respon orang ramai

Semoga arwah Abam Bocey ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin ya Rabb..Al Fatihah.

Sumber : zrfhmz

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×