Di Twitter, seorang gadis mendedahkan dia menjadi mangsa gangguan seksual kepada seorang lelaki yang dikenali menerusi sebuah aplikasi.
Lebih mengejutkan, situasi tersebut dialami ketika dia dengan lelaki berkenaan keluar berjanji temu (dating) untuk pertama kali selepas berkenalan di aplikasi berkenaan.
Minta hisap kemaluan
Jika anda berada dalam mana-mana aplikasi temu janji terutamanya **ble, sila berhati-hati dengan seorang lelaki bernama *****. Dia berumur 21 tahun dan belajar di ****. Nombornya ialah *****. Semalam kami sepatutnya berjanji temu (date) tetapi dia fikir dia akan mendapat sesuatu yang lebih. Dia memaksa saya dalam pawagam pada hari pertama!
Menurut gadis tersebut, lelaki berkenaan cuba meramas payudaranya dan berkali-kali cuba memasukkan tangan ke dalam seluarnya untuk meraba.
Saya tegas katakan tidak dan tolak tangannya. Dia tetap minta saya untuk menghisap kemaluannya di dalam pawagam! Saya tersangat trauma dengan apa yang dia dah buat. Harap dia dapat pembalasan akibat perbuatannya.
Menerusi ciapan yang dimuat naik itu juga, gadis berkenaan turut menafikan bahawa pakaian yang dikenakannya ketika itu menjadi salah satu punca mengapa lelaki berkenaan bertindak sedemikian. Tambahnya, dia juga bakal membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.
Ciapan gadis tersebut bukan sahaja mengundang perhatian warga maya, malah Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut memberi respons di ruangan komen.
Sumber: Twitter