Seperti yang kita sedia maklum, ibu kepada pelakon dan pengacara, Roslan Shah atau lebih mesra disapa dengan panggilan Cik Lan disahkan menghidap kanser perut tahap empat. Apa yang lebih memilukan Cik Lan apabila doktor menjangkakan ibunya hanya boleh hidup dalam jangka masa enam bulan hingga satu tahun lagi.
Terbaru, menerusi satu posting di Instagram miliknya, Cik Lan ada meluahkan rasa terharu dan memuji sifat keperibadian aktress popular, Fasha Sandha yang sanggup menawarkan dirinya untuk membantu menukar lampin dan mencuci najis ibu Cik Lan yang sedang sakit di Singapura.
Tak semua orang boleh buat
https://www.instagram.com/p/B5gAwJlgL0V/?utm_source=ig_web_button_share_sheet
Menerusi entri terbaru pengacara itu di laman Instagramnya, Roslan Shah telah memuat naik satu posting yang menceritakan sikap sebenar di sebalik nama pelakon cantik Fasha Sandha. Cik Lan memberitahu dia tidak menyangka pelakon popular seperti Fasha mempunyai hati yang sangat mulia kerana sanggup menawarkan untuk membantu membersihkan najis ibunya yang sedang sakit.
Menurut Cik Lan yang kini berusia 46 tahun itu, dia berasa amat terharu dengan keikhlasan pelakon itu walaupun mereka bukan ahli keluarga, tetapi dia sanggup mahu menolong membersihkan najis tersebut. Tambahnya lagi, bukan mudah untuk mencari seorang wanita yang sanggup melakukan perkara yang disifatkan kotor itu. Walaupun begitu, Cik Lan tidak mahu mengambil kesempatan ke atas pelakon itu dan menghalang Fasha daripada melakukan perkara tersebut kerana dia lebih selesa menguruskan hal itu sendiri. Baginya, keikhlasan dan kebaikan yang dilakukan pelakon cantik itu benar-benar menyifatkan Fasha sebagai seorang artis yang sangat merendah diri.
Fasha dipertemukan jodoh yang baik
Nampak dari raut wajah Fasha
Perkongsian ini walau bagaimanapun telah mendapat perhatian daripada warganet yang rata-ratanya memuji tindakan mulia Fasha Sandha. Tidak kurang juga ada di antara mereka yang menyifatkan pelakon cantik jelita ini merupakan seorang insan yang sangat merendah diri.
Sumber: Roslan Shah