Siapa pernah tengok ‘Oh My English’, pasti kenal dengan watak Jibam yang mencuit hati. Memang tak kering gusi lihat telatah dia dalam rancangan bersiri itu.
Terbaru, Jibam atau nama sebenarnya Akhmal Nazri melamar kekasihnya yang merupakan seorang bekas peserta Akademi Fantasia 5, Allyssa Joanne. Amboi sweetnya!
Lamar suri hati
Saya sudah lama mengenali hati budi Lisa. Kami berkenalan pun ketika saya mengacarakan rancangan AM Live di Astro Ria. Ketika itu, dia menjadi tetamu untuk program terbabit. Semenjak itu, kami mula rapat dan menjalin cinta.
Selepas sekian lama menjalin hubungan, saya telah melamarnya beberapa hari lalu dan sangat gembira apabila dia menyatakan persetujuan untuk menjadi isteri saya.
Menerusi Astro Gempak, pasangan ini berkenalan menerusi satu rancangan di Astro. Sejak dari itu, mereka mula rapat dan membuat keputusan untuk berkahwin.
Dia sedang mempelajari agama Islam
Akhmal melamar gadis itu hujung minggu lalu ketika mereka berkunjung ke kampung halaman Lisa di Bintulu, Sarawak selepas 3 tahun menyulam cinta.
Insya-Allah, kami bakal bertunang dan ikatan akan dijalinkan selama setahun sebelum kami disatukan pada penghujung tahun hadapan.
Keluarga kedua belah pihak sangat memahami. Saya gembira kerana hubungan kami mendapat persetujuan. Lisa merupakan seorang gadis berbangsa Iban, jadi buat masa ini dia sedang mempelajari dan mendalami agama Islam.
Doa baik-baik untuk kami
Tambah Akhmal, keluarga juga tidak menghalang hubungan mereka dan memberikan restu terhadap ikatan cinta yang dibina.
Buat masa ini, Lisa masih menyanyi tetapi hanya sekadar memenuhi jemputan sahaja kerana dia kini bertugas sebagai pramugari di salah sebuah syarikat penerbangan.
Saya memohon doa yang baik-baik dari semua pihak agar segala urusan kami untuk membina masjid dipermudahkan, Insya-Allah.
Sumber : Astro Gempak