berita

‘Dia Selalu Ada Dengan Saya’ – Nadzmi Adhwa ‘Surprise Birthday’ Isteri 10 Hari Awal. Siap Belikan Kereta Mewah!

April 5th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Nadzmi Adhwa

Pelakon Nadzmi Adhwa, menerusi satu posting di laman Instagram berkongsi satu video membuat kejutan kepada isterinya Ardell Aryana bersempana hari jadinya pada 13 April ini.

Artikel Berkaitan: Diserbu Puluhan Bot Ketika Sampaikan Bantuan, Netizen Puji Usaha Ardell Bantu Penduduk Sabah

Difahamkan pelakon itu telah membuat dua kejutan kepada isterinya. Memang sweet!

Kejutan untuk isteri tersayang

Foto: Tangkap layar video

Nadzmi Adhwa telah membuat kejutan dengan pulang ke rumah lebih awal daripada tarikh yang sepatutnya dan telah membeli sebuah kereta mewah Toyata Vellfire sebagai tanda penghargaan kepada isterinya. Pada masa yang sama, dia berkali-kali juga mengucapkan terima kasih kepada isterinya yang tidak berbelah bahagi dalam memberi sokongan kepadanya.

First time berjaya suprise kan dia. Alhamdulillah. Dia tak pernah sekalipun mintak apa apa dari saya selama ini. Susah senang saya dia selalu ada dengan saya.

Terima kasih kerana menjadi ibu pada anak saya dan terima kasih sebab menjadi isteri saya, pembakar semangat saya, pengingat saya, kekuatan saya, dan orang yang paling bersabar dengan sikap saya.

Forever Loving You! sorry celebrate birthday awak awal gila sebab selalunya mesti kantoi kalau saya buat waktu birthday awak 13 April ini kali pertama saya tak kantoi so kira saya dah setapak kedepan lebih matang.

Happy Birthday awak!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ????? ????? ??? ???? (@nadzmiadhwa)

‘Till jannah’

Sumber: Nadzmi Adhwa

SKIP THIS AD ×