Vokalis kumpulan Floor 88, Ayie Elham berkongsi berita gembira mengenai isterinya, Tasha Awie yang kini berbadan dua. Tidak menyangka bakal menjadi bapa tidak lama lagi, dia turut meluahkan rasa bersyukur dengan kurniaan rezeki zuriat itu.
Membuat ujian kehamilan
Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah, 24 berkata dia mengetahui keputusan ujian kehamilan isterinya itu sebulan yang lalu ketika berada di Melaka kerana urusan bekerja, namun baru sekarang mereka bersedia untuk berkongsi berita gembira tersebut.
Saya dapat tahu sebulan lalu, tapi baru hari kami bersedia kongsikan di media sosial. Sewaktu isteri saya memaklumkan mengenai kehamilannya, kami berada di Melaka kerana ada urusan kerja.
Ketika masih di awal kehamilan, isterinya itu ada memberitahu rasa mual tetapi apabila membuat ujian masih belum ada rezeki.
Pada awalnya, dia beritahu saya ada rasa mual. Saya bergurau dengan dia, entah-entah ada bayi. Tapi, dia beritahu saya dia dah buat ujian dan belum ada rezeki.
Walau bagaimanapun, ketika pelantun lagu hutang itu sedang menjalani penggambaran di Melaka, isterinya itu sekali lagi melakukan ujian kehamilan tetapi secara rahsia. Dia bersyukur kerana kali ini keputusannya positif.
Bila saya sedang menjalani penggambaran di Melaka, dia sembunyi-sembunyi membuat ujian kehamilan sekali lagi. Alhamdulilah, keputusannya positif.
Persediaan menerima kehadiran ahli keluarga baru
Manakala, mengenai persediaannya mereka tentang kehadiran ahli keluarga baru, Ayie dan isteri berkata, dia tidak terlalu janggal untuk menguruskan bayi memandangkan dia adalah anak sulung dalam keluarga.
Saya anak sulung dalam keluarga dan isteri saya anak kedua. Jadi, kami masing-masing sudah biasa menguruskan adik-adik kami. Insya-Allah, tidaklah terlalu janggal.
Ujarnya lagi, tanggungjawabnya akan lebih berbeza kerana mereka berdua menjadi ibu bapa ketika di usia muda.
Bezanya, sekarang kami akan menjadi ibu bapa dalam usia yang masih muda. Jadi, tanggungjawabnya lebih berbeza.
Sumber: Harian Metro