Kakak kepada Umisya iaitu Nadia menggesa anak sulung kepada pelakon, Abby Abadi iaitu Mohamed Danish Hakim agar memeriksa keadaan adiknya, Marissa Dania agar tidak ulangi kesilapan sama.

Artikel Berkaitan: Kakak Umisya Mazlan Bersuara, Berang Adik Dituduh Tambah Cerita – ‘Bukan Suka-Suka Nak Keluarkan Kenyataan Kalau Tiada Bukti’

Artikel Berkaitan: ‘Doa Mama Power’ – Hantaran Danish Hakim Selepas Marissa Dania Nekad Bercerai Dengan Aslam

Marissa Dania ubah fikiran?

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Nadia menegur tindakan Danish yang memuat naik kenyataan syukur dengan keputusan yang dibuat oleh Marissa Dania untuk bercerai.

Gesanya lagi, dia memohon agar Danish bertindak sebagai anak sulung untuk menjadi sistem sokongan buat adiknya yang jelas memerlukan bantuan.

Jangan muat naik saja status seperti ini, jangan seronok. Tolong, awak anak sulung, jalankan tanggungjawab awak, ganti tempat papa awak.

Tolong jadi sistem sokongan untuk adik awak sekarang.

Call mama, abah, mummy, papa awak semua. Pergi periksa keadaan adik awak.

Tanya dia okay ke tidak.

Dalam pada itu, Nadia seakan memberi gambaran seolah-olah Marissa Dania masih tidak nekad dengan keputusannya untuk bercerai.

Selain itu, Nadia memohon agar tiada mana-mana pihak yang mengganggu mental dan emosi adiknya, Umisya ekoran hal yang tiada kaitan dengannya.

Dia sekarang seorang diri di rumah, nak patah balik dari semalam.

Tolong jangan ulangi kesilapan yang sama dengan biar dia seperti itu.

Tolong ambil iktibar dengan apa yang dah jadi sebelum ini.

Tolonglah berhenti ganggu emosi dan mental Umisya.

Danish memuat naik hantaran itu selepas adiknya, Marissa Dania memaklumkan hubungan perkahwinan bersama Ahmad Aslam bakal berakhir.

Menurut Marissa, perbicaraan yang berlangsung sebelum ini terpaksa ditangguhkan bagi memberi ruang kepadanya untuk memberikan keterangan.

Keputusan Marissa juga disambut baik oleh Abby yang sebelum ini mahu anaknya memilih jalan untuk menamatkan konflik rumah tangga dengan cara berpisah.

Sumber: Instagram @kakya_nadia