berita

‘Dia Sepatutnya Bersalin Hari Ini’ – Bapa Mangsa Reda Kehilangan Anak & Bakal Cucu

September 18th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Hujan lebat berserta angin kencang telah melanda negeri Perlis, semalam sehingga menyebabkan kemalangan jalan raya. Sepasang suami isteri ini terlibat dalam kemalangan melibatkan pertembungan antara utiliti sukan (SUV) Nissan Murano dan Perodua Kancil yang dipandu seorang anggota polis.

Lebih sedih lagi apabila mangsa Hafiz Johari membawa isterinya, Siti Asmah ke hospital kerana isterinya itu bakal melahirkan anak. Ternyata pihak keluarga terpaksa akur dengan takdir ini…

Anak sulung dalam kritikal

Menurut laporan Metro, sepasang suami isteri dan anggota polis maut selepas terlibat dalam kemalangan kenderaan ketika ribut melanda di Bukit Chabang, Padang Besar, semalam. Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata kejadian berlaku sewaktu anggotanya, Konstabel Amirul Naim Aziz itu dalam perjalanan pulang dari rumah mertua di Padang Besar menuju ke Seriab.

Mangsa turut membawa isteri dan dua anak perempuannya, bagaimanapun mereka terselamat dalam nahas itu. Isteri dan dua anak mangsa sedang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dan difahamkan anak sulung arwah dalam keadaan kritikal.

Sepatutnya bersalin hari ini

Sementara itu, pasangan suami isteri, Hafiz Johari dan Siti Asmah juga terlibat dalam kemalangan yang sama. Difahamkan pasangan ini membawa menuju ke hospital pada malam tersebut kerana dijangka Siti Asmah akan melahirkan anak kedua pada hari itu.

Bapa kepada mangsa, Abdul Khalid Mustafa meluahkan perasaan sedih apabila terpaksa reda dengan pemergian anak dan menantunya itu. Lebih akur apabila bayi dalam kandungan Siti Asmah juga gagal untuk diselamatkan.

Dia sepatutnya bersalin hari ini. Doktor cuba menyelamatkan anak dalam kandungannya (Siti Asmah), namun gagal. Kali terakhir saya jumpa Asmah dua hari lalu dan pada 7 malam tadi, saya ada bercakap dengannya melalui telefon. Itu sahajalah panggilan terakhir dia kepada saya.

Saya reda

Saya reda dengan apa yang menimpa mereka sekeluarga. Jenazah pasangan itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kok Mak, hari ini.

Kejadian yang berlaku kira-kira 9.30 malam itu melibatkan kenderaan Nissan Murano dipandu mangsa Hafiz Johari bersama Siti Asmah serta seorang anak perempuan bertembung kereta Kancil milik Konstabel Amirul Naim Aziz.

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×