berita

[VIDEO] Azri Iskandar & Dr Azra Jadi Kahwin Tahun Ini, Ellie Suriati Antara Jemputan Dalam ‘Guest List’

July 27th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

AZRI ISKANDAR

Pelakon Azri Iskandar mendedahkan perancangan untuk memperisterikan pilihan hati, Dr Azra akan diteruskan pada hujung tahun ini.

Artikel Berkaitan: Kekasih Dalam Diam Ada Gelaran ‘Datuk Seri’, Azri Iskandar Dapat Restu Dari Keluarga Perlis

Artikel Berkaitan: ‘Tak Boleh Kongsi Gambar Bertunang, Tunggu Kami Kahwin’ – Azri Iskandar

Bukan imaginasi

@ohbulanofficial Pelakon Azri Iskandar mendedahkan perancangan untuk memperisterikan pilihan hati, Dr Azra akan diteruskan pada hujung tahun ini. #ohbulan #sembangentertainment #azriiskandar #kawin #hujung #tahun ? original sound – OHBULAN!

Ketika ditemui OhBulan!, Azri mengesahkan dia dan Dr Azra bakal berkahwin selepas beberapa kali ditangguhkan.

Kata aktor senior berumur 55 tahun, dia akan menghebahkan berita gembira itu setelah wang yang dikumpul mencukupi bagi menampung kos perbelanjaan perkahwinan.

Jadi tetapi belum lagi. Nanti saya kongsi lanjut mengenai majlis perkahwinan itu yang akan berlangsung tahun ini.

Kami berdua memang sasar untuk mengadakannya seawal mungkin, apabila masalah kewangan sudah selesai, saya akan kongsi kepada semua.

Pemilik nama Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar juga menyatakan dia berhasrat untuk mengadakan majlis kecil-kecilan bagi meraikan hari bahagia mereka berdua.

Insya-Allah saya akan mengadakan majlis walaupun usia sudah tua. Majlis makan-makanlah untuk memaklumkan tentang pernikahan tetapi kalau bersanding mungkin tidak.

Saya akan jemput Ellie untuk datang ke majlis perkahwinan saya. Itu sudah pasti. Tapi sama ada dia nak datang atau tidak, terpulang pada dia.

Bakal isteri cukup memahami

Azri Iskandar

Dalam pada itu, Azri bersyukur kerana dikurniakan Dr Azra yang disifatkan seorang yang penyabar serta memahami dengan masalah kewangan yang dialami.

Keputusan untuk tangguh perkahwinan diterima baik oleh Azra, dia sangat memahami bahawa mengadakan sebuah majlis yang kecil pun memerlukan wang ringgit.

Ditanya adakah anak-anak sudah bertemu dengan Dr Azra, jawab Azri masih belum berkesempatan kerana jadual kerja yang padat.

Sehingga hari ini bakal isteri belum bertemu dengan anak-anak sebab dia sangat sibuk.

Terdahulu, Azri mengesahkan dia sudah bertunang dengan Azra pada 29 Jun 2022 di Kangar, Perlis.

Untuk rekod, Azri bercerai dengan Ellie Suriati pada 17 Mei 2022 selepas 19 tahun hidup bersama. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 13.

SKIP THIS AD ×