berita

‘Dia Sweet & Selalu Di Sekeliling Saya’ – Tyra Kamaruzzaman Dedah Punca Jatuh Cinta Pada Kekasih

September 14th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Tyra Kamaruzzaman

Usahawan dan pempengaruh Tyra Kamaruzzaman mendedahkan sikap mengutamakan keluarga yang ada pada kekasihnya, Emran antara faktor yang membuatkan dia jatuh hati pada jejaka berkenaan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tyra Kamaruzzaman Kini Bercinta Dengan Pereka Fesyen? Pamer Aksi Mesra Bersama

Family oriented

Tyra Kamaruzzaman

Menurut Tyra, kekasihnya itu juga mempunyai sifat keprihatinan yang tinggi apabila sentiasa memastikan dirinya berada dalam keadaan baik.

Dia selalu buat perkara-perkara yang sweet contohnya memastikan saya sentiasa berada dalam keadan baik. Dia pun selalu ada masa untuk saya.

Saya secara peribadi suka lelaki yang begitu. Orang yang akan ada selalu di sekeliling saya.

Satu lagi dia juga boleh masuk dengan keluarga saya. Itu adalah perkara yang paling penting kerana saya seorang yang family oriented.

Tyra berkongsi mengenai perkara itu ketika dia dan kekasihnya menjawab beberapa pertanyaan wargamaya sewaktu melakukan sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.

Dalam masa sama, Tyra berkata keluarganya juga selesa menerima kehadiran Emran.

Keluarga saya juga suka dan sayang dia. Itu yang buat saya selesa dan boleh bawa dia balik rumah keluarga. Mak pun masakkan untuk dia.

Sementara itu, diajukan soalan mengenai perancangan untuk ke fasa yang lebih serius iaitu bertunang, Tyra menjawab dia meminta orang ramai mendoakan mereka.

Apa yang saya boleh katakan, doakan yang baik-baik untuk kami berdua.

Dalam pada itu, Emran yang juga seorang pereka fesyen sempat berseloroh mengatakan dirinya bukan anak kepada individu berpengaruh atau Datuk.

Saya bukan anak Datuk, tapi saya ada datuk.

Terdahulu, beberapa video memperlihatkan aksi mesra Tyra dan Emran mendapat perhatian ramai.

Malah, mereka berdua juga dilihat semakin terbuka berkongsi momen-momen indah bersama di media sosial masing-masing.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×