Bapa kepada Allahyarham penyanyi Adibah Noor iaitu Mohd Omar Zainal Abidin reda dengan pemergian anak tercinta.
Artikel Berkaitan: Aliff Aziz Hilang Kata-Kata, Syukur Dapat Tengok Arwah Adibah Noor Buat Kali Terakhir
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Kongsi Gambar Arwah Adibah Noor Yang Tidak Menutup Aurat’ – PU Riz
Artikel Berkaitan: ‘Dia Tak Beritahu Sakit Kanser Ovari’ – Bapa Arwah Adibah Noor
Rahsia pasal kanser
View this post on Instagram
Menurut Mohd Omar, 89, dia langsung tidak mengetahui tentang penyakit kanser ovari yang dihidap Adibah.
Anak saya nombor tiga tu… kalau Tuhan nak pilih dia, nak ambil dia, ambil la. Saya tak tahu (Adibah kanser ovari)… dia tak beritahu. Saya pergi hospital, dia tak beritahu pun.
Dah la tu, tak payah cerita banyak, orang pun dah tak ada.
Mohd Omar ditemui ketika usai majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Keramat Permai, Taman Keramat.
Anak taat
Dalam pada itu, Omar yang berusia 86 tahun menyifatkan anak ketiganya itu sangat baik dan pemurah.
Okay, dia taat. Kalau ada yang kata dia kedekut, terpulang pada orang itu.
Saya tak ada apa nak cakap, tak boleh panjang cerita… tak larat.
Terdahulu, Allahyarham Adibah, 52, menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 7.40 malam, Sabtu, di Hospital Gleaneagles akibat kanser ovari tahap empat.
Jenazah Allahyarham Adibah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat Permai, Taman Keramat, pada jam 11.30 pagi tadi.
Turut memberi penghormatan terakhir adalah rakan artis antaranya Datuk M Nasir, Datuk Afdlin Shauki, Anuar Zain, Ziana Zain, Linda Onn, Remy Ishak, Sharifah Amani, Saiful Apek, Nadiya Nissa, Nikki Palikat, Suki dan ramai lagi.