Pernah satu pentas sewaktu Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), penyanyi dan pelakon Aliff Aziz akui hilang kata selepas dimaklumkan berita kehilangan selebriti serba boleh, Allahyarham Adibah Noor.
Artikel Berkaitan: Hidap Kanser Ovari, Adibah Noor Meninggal Dunia
Artikel Berkaitan: ‘RM20,000 Saya Guna Bayar Hutang & Tebus Barang Kemas’ – Adibah Noor
Tak percaya pada mula
Menurut Aliff, 31, dia bergegas memandu dari set penggambaran di Cyberjaya ke Kuala Lumpur bagi memberi penghormatan terakhir.
Aliff atau nama sebenarnya Muhammad Aliff Aziz bersyukur kerana berpeluang melihat wajah arwah di bilik mayat dan mengusung jenazah ke van.
Masa dapat berita, saya tengah menjalani penggambaran di Cyberjaya. Saya memang tak percaya. Nak describe perasaan masa tau berita itu betul, susah nak terangkan.. My heart sank so deeply.
Saya tak tahu (pasal kanser ovari).. mungkin itu yang tambah terkejut. Biarpun kelam kabut datang ke hospital tetapi alhamdulillah Allah izikan saya dapat tengok (wajah) dan usung ke van jenazah.
Waktu abang (individu yang buka) untuk tengok, it was heartbreaking. Arwah memilih untuk merahsiakan sebab dia tak nak orang lain risau.
Aliff ditemui ketika menziarahi jenazah arwah di Hospital Gleaneagles Kuala Lumpur pada malam Sabtu.
Peringatan untuk semua
Berbicara tentang keperibadian, suami kepada aktres Bella Astillah menyatakan pelantun lagu Terlalu Istimewa seorang yang tegas namun tak pernah lokek berkongsi ilmu dengan peserta GV8.
Arwah sangat tegas tetapi caring. Dia seorang yang berdikari..tinggal bersama kucing-kucing peliharaannya. Dalam GV8, dia banyak tolong peserta dalam bertutur bahasa Inggeris.
Dalam pada itu, pelakon drama Melankolia menjadikan pemergian Allahyarham Adibah sebagai peringatan kepada diri bahawasanya ajal boleh jemput bila-bila masa.
Saya mendoakan semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan menjadi peringatan bagi diri kita. Saya ambil iktibar.. Satu hari nanti, gambar kita pula yang akan dibuat poster takziah. Bila tu Allahu a’lam.
Allahyarham Adibah menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 7.40 malam, Sabtu, di Hospital Gleaneagles akibat kanser ovari tahap empat.
Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Keramat Permai sebelum solat Zohor (Ahad).