Pada hari ini, kita seringkali mendengar kes membabitkan gangguan seksual yang dilakukan terhadap kanak-kanak. Mereka sering dijadikan mangsa kerana beranggapan di usia yang masih kecil, golongan ini tidak mengerti apa-apa dan lebih mudah diperdaya. Justeru sebagai ibu bapa, pengawasan yang lebih ketat perlu diberikan bagi mengelak dari berlakunya perkara sebegini terhadap anak-anak mereka.
Perkongsian seorang ibu, Nana Nizar di laman Facebooknya ini mungkin boleh membuka mata ramai ibu bapa agar lebih berhati-hati dalam mengawasi anak mereka selepas ini.
Merengek nak ke kedai
Selama ini aku dengar je orang cerita, hari ni kena kat diri sendiri. Anak aku ni selalu nak ke kedai ada kakak dia Aleesya. Dia takut sikit nak ke kedai seorang atau berdua, jarang-jarang la. Hari ini Amanda merengek dengan Taariq sekali nak pergi kedai.
Benda nak jadi. Patut la mata kiri bawah aku ni macam berkelip je beberapa hari ni, benda buruk nak berlaku. Tak taksub pun, cuma selalunya begitu. Aku cuma takut Taariq tu demam on off takut denggi. Sebab kat sini asyik kena fogging je beberapa hari ni.
Mendidih darah
Anak aku masuk lif. Ada jantan keparat dengan seorang perempuan ni, perempuan ni keluar tingkat 8. Sesiapa kenal tolong bagi info, aku nak cari perempuan tu nak tanya muka dajjal baju putih tu. So dari tingkat 8 dia tutup pintu lif duduk sebelah anak aku sambil usap kemaluan dia sambil pegang mulut Amanda. Astaghfirullah, mendidih darah aku masa Amanda cerita.
Lepas tu dia keluar sama tingkat 16 dia cengkam tangan anak aku. Dia cakap ‘nak tengok saya kencing’. Amanda kata dari cakap tu macam orang Indon la Mi. Amanda balik nangis, aku tanya kenapa. Dia kata ada orang pegang dia. Aku keluar menjerit tapi aku syak dia dah turun lalu tangga.
Cuma pegang mulut anak
Ya Allah nasib Amanda lari tapi dia tak jerit. Adoi Amanda, Taariq macam terpinga-pinga masa tu. Ada video tapi orang maintenance bawah ni tak bagi lagi kat aku.
Aku nak pergi report la, jenayah gangguan seksual terhadap kanak-kanak. Ya Allah, aku tanya Amanda sama ada dia ada usik alat sulit dia tak, tiada. Dia cuma pegang-pegang mulut anak aku.
Ya Rabbi baran terus aku. Meluap-luap darah aku pening terus. Kurang ajarnya jantan ni. Aku sumpah kau terima balasan.
Sumber: Facebook Nana Nizar