Kejadian jenayah seperti ragut, pecah rumah, rompakan bersenjata dan seumpanya seringkali dilaporkan dari hari ke hari. Penjenayah ini sanggup melakukan apa sahaja termasuklah membunuh semata-mata untuk mendapatkan keuntungan.
Terbaru, seorang pengguna Facebook, Nur E’zzati Dayana berkongsi detik cemas yang berlaku kepadanya apabila dia dirompak oleh seorang lelaki bersenjata. Apa yang lebih mengejutkan apabila perompak tersebut telah mengacukan parang tepat pada leher gadis ini.
Dia letak parang besar dalam bakul
https://www.facebook.com/ezzati.dayana/videos/pcb.10213980616900972/10213980475577439/?type=3&theater
Pada hari Rabu, 16 Oktober, pada jam 10 pagi, Zaty baru je keluar rumah, baru nak pergi kerja. Zaty ada nampak sorang lelaki ni bawa motor, lalu depan rumah tapi dia masuk lorong depan rumah Zaty. Zaty ignore je lah dia. Biasa lah, motor dan kereta lalu lalang depan rumah.
Zaty tak pernah sangka ini akan terjadi dekat Zaty. Bila dah masuk kereta, macam biasa terus kunci pintu. Lepas tu, Zaty nampak dari cermin kereta, lelaki tu pusing balik motor dia. Tapi Zaty tergerak hati nak cek balik kunci tak kereta. Tengok dah kunci.
Kemudian, baru nak start engine kereta, Zaty nampak dari cermin sisi kereta, lelaki tadi tu berhentikan motor dia tepi kereta Zaty. Dan Zaty nampak parang besar gila dia bawa dan letak dekat bakul motor dia without cover.
Zaty tak sempat nak start engine atau tekan hon. Lelaki tu ambil parang terus pecah kan cermin kereta Zaty, sekali pecah je guna belakang parang tu. Lelaki tu sorang je buat kerja. Dia memang dah pro lah buat kerja ni.
Dia acukan parang dekat leher
Bunyi cermin pecah kereta kuat gila dan dia terus acu kan parang tu dekat leher Zaty. Dia gertak dan jerit dekat Zaty ‘Bagi je ape yang kau ada!’. Zaty memang tak fikir panjang, ambil je handbag dan bagi dekat dia ‘Ni je yang aku ada.’
Dia buat kerja cepat sangat sampai kita tak boleh fikir nak buat apa. Then, ibu buka pintu rumah sebab dia dengar bunyi cermin kereta pecah kuat gila dan dia dah tak sedap hati. Dia terus jerit minta tolong sebab dia nampak motor tu tepi kereta dan Zaty tak sempat tutup pagar pun lagi pakai remote.
Bila ibu dah jerit minta tolong, dia dah dapat handbag Zaty terus dia pergi. Selalu tengok benda ni jadi dekat orang lain. Tengok dekat news, Facebook, Twitter. Macam tak percaya bila kena dekat diri sendiri.
I’ve lost 2 hand phones, purse (ada duit, kad bank, IC, lesen semua). Kita jugak yang susah, nak kena buat report polis, kena buat IC baru, lesen baru, kad bank semua. Tapi Alhamdulillah, Zaty selamat. Allah bagi lagi peluang untuk hidup. Bersyukur sangat, Zaty tak dapat bayangkan kalau dia bunuh je Zaty masa tu. Nyawa lagi penting, duit kita boleh cari.
Masih terbayang muka lelaki tu
Sekarang ni, depan rumah pun dah tak selamat inikan dekat luar. Tak kira lah siang ke malam. Orang sekarang dah terdesak nak duit sampai sanggup lah buat apa je tak kisah lah sampai bunuh orang sekalipun.
Tapi mamat ni memang berani mati. Dia tak pakai topeng atau tutup muka pakai cover helmet dia pun. Zaty masih tak boleh lupa muka dia macam mana. Asyik terbayang je muka dia sampai tak boleh tidur.
To everyone, just be careful and take care of yourself okay. Stay safe and kalau rasa nampak orang yang mencurigakan. Buat sesuatu! Tapi kadang-kadang kita dah berjaga-jaga pun. Kalau benda dah nak jadi, dia jadi juga. Walaupun orang cakap bawa lah pepper spray and all.
Walaupun kau kunci kereta pun dah tak selamat. Dia boleh pecahkan juga cermin kereta tu. Masa kau dah kena, tak boleh fikir nak buat apa dah pun. Tapi lebih baik berjaga-jaga sebelum kena kan? May Allah protect all of us.
Sumber: Nur E’zzati Dayana