berita

Diana Amir Mahu Berhenti Dari Dunia Seni, Enggan Muncul Di Kaca Televisyen

December 2nd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Pelakon dan pengacara, Diana Amir membuat keputusan untuk berhenti dari dunia seni dan tidak lagi membuat penampilan di kaca TV kerana mahu memberi fokus kepada dirinya sahaja.

Diana Amir mahu tinggalkan dunia seni

Diana Amir, 36, memberitahu dia juga mahu mengikhlaskan diri untuk mencari agama kerana Allah SWT. Tambah Diana lagi, keputusan tersebut juga telah dimaklumkan kepada si suami.

Saya buat keputusan, saya cakap pada suami saya yang selepas ini saya dah tak mahu muncul di mana-mana tapi ada beberapa lagi tawaran yang saya sudah terima awal, jadi saya terpaksa buat tapi selepas ini tidak lagi. Maksudnya, saya mahu berada dalam kalangan muslimat sahaja.

Bercerita kembali kisah penghijrahannya dahulu, Diana memberitahu dia mula memakai hijab pada tahun 2011. Penghijrahan Diana memakai niqab pula bermula pada tahun 2019 iaitu selepas pulang dari umrah.

Akhir tahun lepas, saya mula berniqab sebab ketika saya memakai niqab dan dalam kereta, ada satu lagu saya dalam senarai main iaitu lagu ‘Labbaikallahumma labbaik’.

Saya telefon suami saya dan cakap pada dia yang saya dapat perasaan yang sangat kuat untuk memakai niqab. Saya rasa lebih selamat. Dan dia beritahu itu berita paling menggembirakan dia dengar.

Terdahulu, Diana atau nama sebenar, Nurdiyana Amir Hisham mendirikan rumah tangga dengan Mohd Habibullah A Rahman pada 25 Oktober 2013. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Khaulah Al Azwar, 7, Khadija Azzehra, 5, dan Muhammad Khalid Al Habib, 3.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×