Demi memulihkan hubungan suami isteri, pelakon Farid Kamil bukan sahaja membawa sejambak bunga malah turut membeli sebentuk cincin untuk diberikan kepada aktres Diana Danielle.
Artikel Berkaitan: Farid Kamil Dakwa Orang Ketiga Punca Keretakan Rumah Tangga Dengan Diana Danielle
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bunga Ini Untuk Diana, Tanda Pendamaian Pertama’ – Farid Kamil & Diana Hadir Pelantikan JKP
Kelihatan sugul dan kecewa
Ketika ditemui OhBulan!, Farid kelihatan sugul dan kecewa apabila usaha untuk memujuk Diana gagal.
Kata Farid, 42, cincin itu adalah untuk meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11.
Demi menyelamatkan rumah tangga, saya berusaha balik untuk mendapatkan semua cincin-cincin ini.
Tetapi bunga pun dibuang, apatah lagi cincin. Saya beli cincin ini pada tahun ini untuk meraikan ulang tahun perkahwinan ke-11.
Tak adalah mahal sangat, tapi cukuplah.
Farid berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pagi Selasa.
Terdahulu, Farid tiba di mahkamah di sini kira-kira jam 9 pagi membawa jambangan bunga mawar untuk Diana. Malah Farid turut membawa sebentuk cincin sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11.
Sementara itu, isterinya, Diana hadir lebih awal pada 8.55 pagi memakai baju hitam bersama pengawal peribadi.
Kira-kira lebih 30 pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di pekarangan mahkamah seawal jam 7 pagi tadi untuk membuat liputan.
Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Video
@ohbulanofficial Semoga Farid tabah.. #ohbulan #news #faridkamil