Pengarah dan pelakon, Farid Kamil mendedahkan hubungannnya dengan ibu mentua, Norsiah Ramli sudah lama terputus.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Hilang 1, Farid Kamil Ganti Dengan 6 Cincin Baharu Buat Diana Danielle
Artikel berkaitan: Plot Twist! Farid Kamil Perjelas Isu Hutang, Dakwa Diana Danielle Hadiahkan Pakej Umrah
Artikel berkaitan: [VIDEO] Farid Kamil Harap Diana Danielle Jaga Adab, Ingat Status Masih Bergelar Isteri
Diana halau ibu sendiri
Jelas Farid atau nama lengkapnya Farid Kamil Zahari, 42, pada tahun 2019, isterinya yang juga seorang pelakon, Diana Danielle sendiri telah menghalau ibunya keluar dari kediaman mereka.
Sebenarnya sudah lama saya tak dapat hubungi Mama (Norsiah) kerana setahu saya dia sudah dihalau Diana keluar dari rumah kami sejak tahun 2019.
Tapi tiba-tiba pada tahun 2023 Mama muncul di sini (mahkamah baru-baru ini) bersama Diana, ia benar-benar mengejutkan saya.
Farid mendedahkan perkara itu sejurus selepas dia menjalani prosiding sulh di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada Selasa.
Punca halau?
Tambah pelakon filem Anwar The Untold Story itu, dia sendiri tidak mengetahui sebab terperinci tentang punca keretakan hubungan Diana dan ibunya.
Pada saya Diana perlu jelaskan kepada saya sebab apa dia menghalau Mama keluar dari rumah dan tidak mahu berjumpa dengan ibunya ketika itu.
Bila jadi begini, tiba-tiba Mama muncul saya pun terkejut kerana saya pula dah lama ‘lost contact’ dengan dia sebab Diana sendiri dah putuskan hubungan dengan ibunya.
Pada ketika permulaan karier seni Diana, Norsiah merupakan tulang belakang kejayaan anaknya dalam industri hiburan tanah air. Norsiah sentiasa menemani anaknya melalui onak dan ranjau dunia lakonan.
Terdahulu prosiding sulh pertama telah berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada Selasa. Bagaimanapun, Diana tidak dapat menghadirkan diri dan mahkamah menetapkan tarikh 25 Mei depan bagi pasangan itu menjalani prosiding sulh kedua.
Pada 20 Mac lalu, Diana memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.
Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri. Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan menetapkan 30 Mei depan bagi kedua-keduanya memaklumkan kepada mahkamah mengenai laporannya.
Untuk rekod, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.