Pelakon Diana Danielle menyatakan hasrat murninya untuk membantu membiayai kos pendidikan bagi pelajar yang memerlukan.
Artikel Berkaitan: ‘Sebenarnya Hidup Kita Dipermudahkan Selama Kita Bantu Suami’ – Diana Danielle
Artikel Berkaitan: Anak Diana Danielle Tumbuk Muka Kawan Lepas Kena Maki – ‘Bukan Nak Back Up Tapi Padan Muka’
Niat baik
Menerusi hantaran di platform X, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson meminta bantuan warganet bagaimana untuk dia menyalurkan sumbangan tersebut.
Boleh bantu saya tak? Macam mana saya nak bantu biaya pelajaran adik-adik di sekolah dan universiti?
Macam mana nak memberi kepada mereka yang memerlukan?
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi senarai universiti dan institusi bantuan pendidikan sebagai rujukan untuk Diana.
Dipuji netizen
Dalam masa yang sama, mereka juga memuji niat baik pelakon filem Magika itu kerana ingin menolong meringankan beban pelajar.
Bestnya berduit. Semoga Allah balas kebaikan dan semoga aku pun dapat buat kebaikan macam ini.
Aktres berusia 32 tahun tersebut kemudian membalas komen itu dan menjelaskan bahawa dia memahami nasib pelajar yang kurang berkemampuan.
Bukan, kalau ikutkan nafsu takkan pernah cukup. Saya tak kaya tetapi cukup untuk keluarga. Cuma saya faham nasib mereka yang tiada sumber (kewangan) untuk belajar.
Saya bukan hanya fikirkan pelajar universiti, sekolah rendah pun boleh. Mana-mana yang ada kekangan sikit-sikit jadi kita boleh bantu.
Sumber: Platform X