Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle akui mula berasa sedih apabila memikirkan anak-anaknya makin membesar dan meningkat remaja.
Artikel berkaitan: Sering Terima Kiriman Mesej Berbaur Gangguan Seksual Di Media Sosial, Diana Danielle Ingatkan Netizen ‘Malaysia Ada Akta’!
Artikel berkaitan: ‘You Pun Lebih Kurang Je’ – Diana Danielle Hairan Sikap Netizen Suka Menegur, Amalan Jaga Tepi Kain Sudah Jadi Penyakit
Sedih anak makin membesar
Menerusi perkongsian di TikTok, Diana berkata, dia tidak menyangka anak lelaki sulungnya iaitu Muhammad sudah merancang masa depannya.
Ibu-ibu yang ada anak umur 10 tahun keatas, saya nak tanya adakah normal untuk kita mula rasa sedih sebab membayangkan lagi berapa tahun je mereka akan sampai satu tahap di mana dia akan mahukan sepenuh kebebasan dan berdikari.
Dia nak duduk sendiri, belajar jauh-jauh. Anak lelaki saya pula sejenis yang dari sekarang dia dah rancang ‘Muhammad nanti dah besar nak belajar dekat sini, nak buat itu, nak buat ini’. Bila dengar dia merancang tu rasa macam besar dah.
Masa paling banyak bersama
Menurut Diana, masa bersama tidak akan sama lagi seperti sewaktu anak-anak masih kecil kerana mereka sudah memiliki kehidupan sendiri.
Pada masa sama, masa dia kecil kita minta cepatlah besar, bila dia dah besar (rasa sebaliknya). Waktu yang dia duduk dengan kita ni dari kecil sampai remaja ni adalah paling banyak masa yang dia luangkan dengan kita.
Lepas tu bila dah besar nanti, dia besarlah. Dia nak datang, tak nak datang tu terpulang lah kepada dia berapa banyak masa nak luangkan dengan ibu bapa. Sama ada mereka nak hubungi kita atau tidak, kita dah tak ada kuasa.
Hanya mengharapkan hubungan baik dengan anak-anak kita supaya mereka pun rasa rindu dengan kita, rasa senang untuk nak balik jumpa kita. Dan semoga dapat menjaga kita.
Dalam pada itu, Diana turut meminta penjelasan daripada para ibu sama ada mereka mempunyai persoalan yang sama.
Saya dah mula sedih walaupun dia hanya baru berumur 11 tahun. Ke sebab saya sejenis overthinking yang bersiap sedia dari sekarang? Ada kemungkinan juga. Jadi tolong beri pencerahan kepada saya.
Untuk rekod, Diana mendirikan rumah tangga dengan aktor dan pengarah, Farid Kamil pada 2012 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.
Sumber: TikTok