berita

Diana Danielle Tak Paksa Anak Berpuasa – ‘Bergantung Kepada Kemampuan Mereka’

March 18th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon Diana Danielle memberitahu dia enggan memaksa anak-anaknya untuk berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadan.

Artikel Berkaitan: Diana Danielle Ambil A-Level & Diploma Serentak, Jadi Pembakar Semangat Kepada Netizen Untuk Timba Ilmu

Tak paksa, ikut kemampuan mereka

Memetik laporan Kosmo, Diana berkata, semuanya bergantung kepada kemampuan Muhammad dan Nur Aurora sendiri sama ada untuk berpuasa penuh ataupun tidak. Namun begitu, isteri kepada Farid Kamil ini mengakui bahawa suaminya sangat tegas mengenai perkara tersebut.

Kalau Muhammad, dia sudah berpuasa penuh. Farid memang tegas dengan anak lelaki tetapi saya sebaliknya, mudah kasihan. Manakala, Aurora pula baru berusia lapan tahun dan dia masih mencuba serta kena fahamkan dulu maksud puasa dan kebaikannya.

Lagipun puasa ini untuk memupuk kesabaran, toleransi dan menahan nafsu. Jadi benda-benda itulah yang kami nak buat anak-anak faham.

Tambah Diana lagi, dia mudah berasa kasihan jika anaknya memberitahu tidak mampu untuk meneruskan puasa.

Berbicara lebih lanjut, Diana memberitahu dia perlu peka dan berhati-hati dengan keadaan kesihatan anak-anak sepanjang bulan Ramadan.

Saya jenis tak boleh tengok anak-anak dalam keadaan lapar dan dahaga ditambah pula dengan keadaan cuaca yang tidak menentu. Apabila mereka pulang ke rumah dalam keadaan berpeluh-peluh, saya jadi risau.

Mereka ada juga aktiviti luar dan tak tahu limitasi badan sendiri ketika berpuasa seperti kerisauan berlaku strok haba dan sebagainya. Jadi, sebagai seorang ibu, saya okey dan tidak paksa kalau mereka tak mampu untuk berpuasa penuh dan sebaliknya.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×