berita

Diana Danielle Tolak Tawaran Farid, Nekad Mahu Teruskan Perceraian

April 12th, 2023 | by Alia
Isu & Kontroversi

Seusai selesai prosiding sulh pertama di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada Selasa, Diana yang tidak dapat menghadirkan diri bagaimanapun telah menolak tawaran perdamaian yang dikemukakan oleh Farid.

Artikel Berkaitan: ‘Bertaubatlah Sebelum Terlambat’ – Farid Kamil Risau Diana Danielle Akan Dilaknat

Artikel Berkaitan: Diana Danielle Halau Ibu Kandung Keluar Rumah, Farid Kamil Sudah Lama Tak Berjumpa

Tak mahu apa-apa

Menerusi makluman oleh peguam syarie yang mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kader menjelaskan bahawa aktres berusia 32 tahun itu tidak mahu apa-apa daripada suaminya.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa Diana hanya mahu satu ‘jumlah’ yang berpatutan serta nafkah buat anak-anak mereka.

Anak guam tidak mahu apa-apa daripada Farid dan dia cuma minta dilepaskan secara baik. Cuma satu yang dia minta iaitu Farid tidak akan mengabaikan tanggungjawab untuk memberi nafkah kepada dua anaknya selepas mereka bercerai.

Ke arah perceraian

Dalam pada itu, beliau juga berkata bahawa tawaran tersebut ditolak anak guamnya kerana ia merupakan tawaran perdamaian untuk mereka kembali sebagai pasangan suami isteri, sedangkan Diana nekad untuk dilepaskan.

Anak guam saya mahu bercerai dan menganggap perkahwinan antara mereka sudah berakhir dan sudah tidak boleh diselamatkan lagi.

Terma penyelesaian muktamad ini bukan untuk mereka berbaik semula tetapi ke arah perceraian. Saya sebagai peguam Diana sudah sampaikan kepada peguam Farid semalam. Penyelesaian ini kita akan muktamadkan dan kemukakan di mahkamah kemudian.

Terdahulu, semasa hadir ke prosiding sulh pertama, Farid mengemukakan tawaran perdamaian terhadap Diana dengan jumlah keseluruhan bernilai RM319,700. Antara tawaran yang diberikan termasuk kereta mewah jenis Velfire, barangan kemas, nafkah dan tiket menunaikan Umrah.

Aktor itu berharap tawaran tersebut mampu melembutkan hati isterinya demi masa depan kedua-dua anak mereka.

Pada 20 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana. Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP dan menetapkan 30 Mei depan bagi kedua-keduanya memaklumkan kepada mahkamah mengenai laporannya.

Sekadar info, Farid dan Diana berkahwin pada November 2012. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad dan Aurora.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×