Pernah diceraikan, pelakon dan penyanyi Diana Rafar mengimbau semula detik ketika suaminya, aktor Zamarul Hisham melafazkan talak terhadapnya pada Januari 2015.
Artikel Berkaitan: Kejujuran & Kepercayaan Kunci Kebahagiaan Rumah Tangga Zamarul Hisham – ‘DM IG, Nombor Pin Bank, Semua Diana Tahu’
Artikel Berkaitan: Zamarul Hisham Wariskan Bakat Lakonan Pada Anak, Tetapkan Syarat Terima Tawaran Hanya Ketika Cuti Sekolah
Detik diceraikan
Menerusi temu bual di TikTok Hijabista, Diana atau nama lengkapnya Adiana Abdul Rafar, 42, berkata, dia sukar untuk berjalan dan merasakan seperti tidak menjejakkan kaki ke tanah sewaktu lafaz talak disebutkan.
Hari yang abang (Zamarul) lafaz, saya jalan tak pijak bumi. Saya tak pernah kongsi benda ini. Masa dia lafaz ja, barulah saya faham ‘oh ini ke yang Allah sebut tiang Arash bergegar. Memang dekat bumi ini bergegar ke’.
Saya rasa memang gegar dan tak boleh nak jalan, tak boleh pijak bumi, pegang dinding. Rasa seperti nak mati, sakit. Dia steady, yela kita perempuan emosi kan masa itu.
Pada perkongsian sama, Diana turut mendedahkan dia mengalami sesak nafas dan seperti diserang tekanan atau ‘anxiety’ sehingga terpaksa menjual perniagaannya.
Lepas itu saya diuji sakit, tak boleh bernafas, tak boleh jumpa orang, takut nak mati, lebih kurang macam anxiety. Saya tutup spa, tutup terapi, tnggalkan pesakit saya jual saya punya spa.
Satu persatu nikmat Allah tarik. Job tak ada, duit tak ada, laki pun tak ada, kita pun tak jumpa keluarga. Dia tarik segala nikmat, masa itu saya belum berhijab lagi.
Diminta bertudung
Biarpun sudah berpisah ketika itu, Diana memberitahu, Zamarul ada memintanya untuk memakai tudung supaya segala masalah dapat diselesaikan meskipun hatinya masih berbolak-balik.
Tapi satu saja abang sound, abang cakap ‘cuba mama pakai tudung’. Walaupun dah cerai masa itu, dia minta ’cuba mama pakai tudung, papa rasa kalau mama pakai tudung, selesai semua masalah’.
Lepas dia tegur tu, terus pakai tudung tapi masa itu tak ikhlas, tapi paksaan. Bila pakai, slowly saja dia rasa macam datang rezeki itu datang balik. Malu pula tak pakai tudung. Ada dah pakai tudung tiga hari, empat hari buka balik.
Pakai dan buka balik. Abang terkejut saya dah buka tudung, kau lawan kuasa Allah, kau pergi show buka tudung. Tapi saya kata tak apa orang tak nampak sebab show orang tak tahu.
Untuk info, Diana dan Zamarul pernah bercerai talak satu pada 14 Januari 2015. Selepas sebulan bercerai, pasangan itu kembali rujuk semula.