berita

‘Ya Allah, Saya Minta Maaf’ – Usop Mengaku Tak Sengaja ‘Body Shaming’, Ini Respon Sherry

October 5th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Semalam viral di media sosial apabila Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor didakwa ‘body shaming’ pengacara, Sherry Alhadad di program Big Stage. Walau bagaimanapun, pemenang tempat kedua itu sudah memohon maaf secara terbuka. Malah, Sherry sendiri faham gurauan yang dibuat Ucop.

Saya minta maaf kalau ada terasa

Penyanyi yang juga peserta program Big Stage, Usop tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pengacara, Sherry Alhadad selepas menyentuh bentuk badan ketika bergurau sebaik dia selesai membuat persembahan pusingan pertama.

Tadi, saya ada terlepas cakap. Sebelum semua orang berkata-kata, saya nak minta maaf dekat akak (Sherry). Saya minta maaf kalau ada yang terasa.

Dia mengaku terlanjur kata dan berharap agar Sherry dan penonton program secara langsung itu memaafkannya. Tidak melatah dengan situasi berkenaan, tuan empunya badan, Sherry Alhadad tampil menyuarakan pandangannya. Menurut Sherry, dia langsung tidak ambil hati dengan apa yang terjadi.

Tak ambil hati langsung

Kadang kala sama juga macam Sherry apabila jadi pengacara. Kalau atas pentas paling Sherry takut adalah terlepas cakap. Saya faham niat dia bergurau, mungkin ketika itu orang lain anggap ianya seperti menghina.

Tambahnya, dia juga sudah menganggap Usop seperti adiknya, oleh itu langsung tidak terlintas di hatinya untuk berkecil hati.

Sebagai seorang kakak, saya memang sayang Usop sebagai adik no heart feeling, takde perasaan marah-marah, kami sayang sama-sama.

Terdahulu, pada malam minggu akhir BS2020, Usop yang mempersembahkan lagu Arjuna nyanyian asal Dewa 19 menerima kecaman apabila secara tidak sengaja bergurau mengenai badan Sherry sehingga netizen menganggap penyanyi itu melakukan ‘body shaming’.

Tindakannya itu mencetuskan rasa tidak senang buat sesetengah netizen sehingga ada yang cuba memboikot penyanyi berkenaan.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×