Sebelum ini, Puteri Sarah Liyana telah memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita yang didakwa kekasih kepada suaminya, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.
Artikel Berkaitan: ‘Dah Ambil Orang Punya, Duduk Diam-Diam’ – Puteri Sarah Saman Pihak Ketiga
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Tak Kisah Kalau Syamsul Nak Bayarkan Saman Ira Kazar
Terbaru, mahkamah sudah mengarahkan Ira Kazar atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin untuk mengemukakan pembelaannya dalam saman yang dikemukakan Puteri Sarah dalam tempoh sebulan.
Ira Kazar diarah kemukakan pembelaan
Peguam yang mewakili Puteri Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader memberitahu mahkamah sudah menetapkan tarikh 23 Ogos ini untuk pengurusan kes seterusnya.
Jika perlu jawab kita (plaintif) akan jawab, jika tidak mahkamah akan tetapkan tarikh bicara.
Dalam pada itu, peguam juga memaklumkan mahkamah turut mengekalkan perintah interim injuksi. Defendan diperintah berhenti mengeluarkan, menyebarkan dan menghantar sebarang kenyataan atau apa saja bentuk gangguan terhadap Puteri Sarah dalam media sosial sehingga kes perbicaraan penuh.
Pihak defendan tidak membantah dan perintah interim injuksi itu dikekalkan mahkamah. Sebelum ini plaintif sudah mendapatkan perintah interim injuksi dan permohonan itu sudah dihantar kepada defendan pada 28 Jun lalu dan sudah diterimanya.
‘Kita bukan meninggi diri’
Bagaimanapun, dalam prosiding hari ini Puteri Sarah dan Ira tidak hadir ke mahkamah, hanya mewakilkan peguam masing-masing. Ditanya adakah kes saman ini berkemungkinan akan diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak, Akberdin memaklumkan setakat ini kedua-dua belah pihak belum ke arah itu.
Sekiranya ada inisiatif (selesai cara baik) kita tengok dulu. Kita bukan ‘arrogant’ (meninggi diri) jadi asalkan tawaran itu logikal kita akan pertimbangkan selepas mendapat arahan anak guam (Puteri Sarah).
Sementara itu, peguam Ammar Ghalip yang mewakili Ira Kazar ketika dihubungi mengesahkan pihaknya perlu memasukkan pembelaan dalam tempoh sebulan sebelum atau pada 4 Ogos ini.
Sumber: Harian Metro