berita

Diberhentikan Serta Merta Selepas Video Viral, Polis Bakal Panggil Guru Tadika

March 27th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Sebelum ini, tular satu video yang memaparkan tindakan seorang guru wanita yang menjerit dan mencampak seorang kanak-kanak dan disaksikan oleh rakan-rakan sekelasnya yang lain. Kejadian tersebut berlaku di sebuah sekolah di Jalan Kebun, Shah Alam. Video tersebut telah meraih pelbagai respon di media sosial yang rata-rata mengecam tindakan guru tersebut.

Artikel Berkaitan:‘Kau Ingat Anak Patung Ke?’ – Netizen ‘Naik Angin’ Cikgu Tadika Campak Pelajar Ke Lantai

Lapor Harian Metro, menerusi kenyataan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib, pihaknya mengesahkan kejadian tersebut dan telah menerima laporan berhubung kejadian yang telah berlaku itu.

Laporan telah dibuat

Foto: Tangkap layar video

Difahamkan, guru yang terlibat telah berjaya dikenal pasti dan akan dipanggil bagi memberi keterangan. Bahkan, individu yang merakam video tersebut juga sedang dalam siasatan.

Saya mengesahkan laporan polis dibuat oleh ibu kanak-kanak itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak.

Kini, siasatan lanjut masih dijalankan dan tiada sebarang penahanan yang dibuat terhadap guru tersebut.

Guru diberhentikan serta merta

Menerusi satu posting seorang bapa dikenali Sheikh Al Fariq di laman Facebook yang dipercayai mempunyai anak yang belajar di sekolah yang sama, menceritakan guru tersebut sudah diarahkan berhenti serta-merta susulan video tersebut yang tular.

Baru lepas jumpa dan dapat penjelasan daripada pengetua sekolah, menurutnya cikgu itu akan diambil tindakan sewajarnya dan akan diberhenti bekerja serta-merta dan laporan polis sudah dibuat. Nak jumpa cikgu terbabit tetapi sudah tiada dan tidak dibenarkan mengajar serta merta.

Kejadian berlaku semalam. Saya lihat pihak sekolah terutama pengetua sekolah amat ambil serius tentang perkara ini kerana cikgu itu bukan mengajar tetap.. hanya cikgu praktikal.

Difahamkan, pengetua tadika tersebut sering kali mengingatkan guru yang berkhidmat di situ supaya mengawal emosi semasa mengajar dan tidak mengambil tindakan yang melulu kepada para pelajar.

Video itu tersebar kerana tunang kepada guru yang merakam video itu ternampak kejadian terbabit.

Bercerita lebih lanjut, video itu pada mulanya dijadikan bahan bukti bagi dihantar kepada pihak universiti bagi semakan kualiti sebelum tular di media sosial.

Sumber: Harian MetroSheikh Al Fariq

SKIP THIS AD ×