Semua orang nakkan wajah tampak awet muda, cantik dan berseri-seri. Sebab tu, korang kena disiplin bab penjagaan muka dan rajin buat rawatan wajah.
Baru-baru ni kami terjumpa tempat baru untuk korang buat facial. Bukan saja menarik, tempat ni kali pertama dibuka di Malaysia tau. Korang dah sedia nak tengok tempat tu macam mana? Jom terjah!
FACE BAR, spa kecantikan wajah baru dibuka di Uptown Damansara!
Bagi korang yang duduk di Selangor, korang kena cuba facial kat FACE BAR yang baru di buka di Damansara. Kalau korang naik MRT, turun kat Stesen MRT Bandar Utama, lepas tu naik Grab. Dalam 5 minit je dah sampai. Dari jauh pun korang dah boleh nampak.
FACE BAR merupakan pusat kecantikan dari Jepun tau! Nak tahu apa yang menarik kat dalam? Jom masuk tengok..
Masuk-masuk je, rasa tenang sangat. Tempatnya sangat bersih, kemas dan selesa. FACE BAR ni merupakan satu-satunya cawangan yang dibuka di Malaysia!
FACE BAR juga ada sudut untuk korang ambil gambar OOTD. Memang cantik! Alang-alang tengah tunggu giliran, suruh kawan korang ambilkan gambar. Boleh update kat media sosial.
Proses analisis kulit muka yang jelas & mudah difahami.
Sebelum rawatan, perunding kecantikan FACE BAR akan buat proses analisis kulit muka korang dulu. Ladies kalau korang datang, tak payah pakai makeup sebab kena lap jugak nanti. Tapi, masa dia check kulit muka tu memang seronok wei.
Selama ni tengok kat cermin, macam yakin muka helok je. Sekali scan.. Malu nak ngaku tu kulit muka sendiri. Memang gelisah tapi jangan risau. Mereka akan terangkan satu demi satu dan cadangkan rawatan yang sesuai untuk korang.
First timer akan dapat promosi pakej Fantasy Cleanse – RM19.90 je!
Disebabkan ini merupakan kali pertama kami datang ke FACE BAR, jadi kami cuba pakej asas iaitu Fantasy Cleanse. Kebetulan ada promosi untuk first timer dengan harga RM19.90 je. Harga asal RM69 wei. Murah gila sekarang.
Untuk pakej Fantasy Cleanse, korang akan buat rawatan langkah demi langkah. Mula-mula, mereka akan buat makeup removal untuk buang segala make up yang ada pada muka korang.
Proses seterusnya ialah deep pore cleansing. Segala kotoran yang ada dalam pori wajah akan dibersihkan. Terasa kulit kena tarik-tarik. Mereka akan guna tahap yang sesuai ikut keselesaan korang. Tengok hasil, aduh.. Banyak kotoran!
Dah sampai masa untuk buat aqua hydraing mask. Proses ni untuk melembapkan kulit muka supaya tak terlalu kering. Ambil masa dalam 15 minit pakai mask ni. Rasa sejuk je.
Akhirnya, korang akan lalui proses ultrasonic ion massager. Hasilnya kulit muka korang akan lebih anjal dan lembut. Muka macam kena urut-urut. Dia punya feeling sampai boleh tertidur beb.
Rawatan muka dengan cara moden, tak sakit langsung!
Buat facial ni tak sakit ke?
Tak nak buat rawatan muka sebab takut sakit? Tak perlu takut. Rawatan muka di FACE BAR tak sama macam yang biasa. Mereka menggunakan cara moden iaitu mesin canggih yang tak menyakitkan. Serius tak sakit guys.
Banyak lagi pilihan pakej rawatan yang berbaloi!
Pakej rawatan yang ada di FACE BAR ni ada banyak. Boleh tengok kat bawah. Setiap pakej mengikut masalah kulit yang korang hadapi. Tinggal pilih je. Perunding kecantikan kat sini pun takkan paksa korang. Ikut bajet korang ya.
Nampak? Banyak gila pakej diorang ada. Tak kisah la korang ada masalah kulit muka yang teruk macam mana sekalipun, perunding kecantikan di FACE BAR takkan paksa. Mereka akan tawarkan pakej yang termurah dan terbaik untuk korang.
Ada jugak rawatan laser untuk bentuk tubuh cantik.
Kat FACE BAR ni bukan ada rawatan facial muka je. Rawatan laser untuk badan pun ada. Kalau korang nak bentuk badan yang cantik, boleh la cuba ya. Confirm hasil macam model. Percaya la. Meletop korang nanti.
Ruang khas disediakan untuk korang hias diri.
Lepas rawatan, korang mesti nak hiaskan diri dengan elok kan? Ladies mesti suka dengan ruang khas yang disediakan dalam FACE BAR untuk hias diri ni. Selesa teruk.
Servis terbaik dengan harga berpatutan, boleh repeat nanti!
Selepas rawatan muka kat FACE BAR korang akan rasa perbezaan pada muka, kulit rasa bersih dan ringan je. Servis mereka memang terbaik. Staf mereka pun sangat peramah. Serius puas hati.
Memang kami syorkan korang untuk cuba rawatan muka kat FACE BAR. Kalau nak bawa kesayangan korang pun boleh. Diorang mesti happy nanti.
Nah, kami bagi info tentang FACE BAR sekali. Jangan lupa buat temu janji dulu. Takut datang-datang nanti ramai orang pulak. Baik tempah siap-siap sebelum datang okay?
FACE BAR
Alamat : 14G, Jalan SS21/39, Damansara Utama 47400 Petaling Jaya, Selangor
Waktu pembukaan: 10 pagi – 10 malam
No telefon: 03-7733 5372/018-988 3696
Untuk info lebih lanjut, boleh ke Facebook atau Instagram mereka di bawah.
- Facebook: FACE BAR
- Instagram: facebar.my
Dah datang sekali, mesti nak lagi. Selamat berfacial!