Pergh geramnya tengok roti gebu-gebu ni, dapat bayangkan rasa lembut dan rangup dia. Confirm sedap. Kedai roti old school ni terletak di Johor Bahru yang masih menggunakan arang untuk membakar roti, jangan tak tahu bisnes ni dah dibuka sejak 1937 lagi. Maknanya kedai ni wujud sebelum Jepun serang tanah melayu lagi.
Salahuddin Bakery ni boleh dikatakan memang famous la di Johor. Jom tengok!
Konsep macam kedai runcit dulu-dulu… Klasik!
Bakar roti menggunakan dapur arang… Ori dan tradisional…
Pilihan roti dan kuih yang pelbagai, fresh!
Yang paling laris! Karipap paling best in town
Lokasi: No 26, Jalan Dhoby, 80000 Johor Bahru
No Phone: 07-227 3736
Sumber : facebook Salahuddin Bakery