Foto: Daily Star
Mayat seorang lelaki yang ditemui meninggal dunia di hutan di Nakhon Ratchasima, Thailand pada 14 Ogos lalu telah dibawa keluar oleh pasukan paramedik dengan menaiki sebuah motosikal.
Warga emas mati dalam hutan
Foto: Daily Star
Memetik laporan Daily Star, pada 13 Ogos lalu, mangsa yang dikenali dengan nama Leuang Chodkasem telah masuk ke hutan terbabit untuk memetik beberapa buah untuk dituai. Menurut anak lelaki mangsa, sejak daripada itu, bapanya yang berusia 73 tahun tidak pulang ke rumah.
Susulan daripada itu, satu laporan polis telah dibuat dan misi mencari dan menyelamat mula dijalankan oleh pihak berkuasa. Pada 14 Ogos lalu, mayat Leuang ditemui di bawah sebatang pokok di hutan berkenaan tetapi operasi membawa keluar mayat mangsa agak sukar memandangkan hutan tersebut berada di kawasan terpencil.
Ikat mayat, bawa naik motosikal
Bukan itu sahaja, jarak hutan tersebut dari rumah terdekat mengambil masa hampir 30 minit. Kenderaan seperti kereta dan trak juga tidak boleh melalui kawasan tersebut.
Oleh hal demikian, anggota paramedik iaitu Montree Phiewphong dan abangnya, Apichart terpaksa mengikat mayat mangsa yang dibungkus kain putih pada belakang badan mereka dan memboncengnya keluar dengan menaiki motosikal.
Mayat Leuang dibawa ke Hospital Wang Nam Khiao untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Sumber: Daily Star