Setelah dua tahun berulang-alik ke mahkamah, seorang wanita yang dikenali sebagai Nurul Asyikin Rafiee, bersyukur apabila berjaya mendapat tuntutan nafkah daripada bekas suaminya.
Menerusi Facebook, wanita ini kongsi tiga kemenangan kes tuntutan nafkah berpihak kepada dirinya dan anak lelakinya, Zhafran Irfan. Alhamdulillah!
Menang 3 kes tuntutan nafkah
Menurut Asyikin, dia telah menang tiga kes tuntutan nafkah iaitu nafkah mutaah, anak dan eddah.
Diceraikan talak 3
Selepas diceraikan pada bulan Ramadan dengan talak tiga, dia tidak pernah berhenti mengalah untuk menuntut nafkah daripada bekas suami di mahkamah. Walaupun sepanjang dua tahun itu kes tersebut asyik tertangguh, akhirnya dia berjaya juga.
Wajib dituntut bekas isteri
Walaupun pernah dinasihati supaya tidak menuntut nafkah, wanita tersebut berjuang untuk anaknya. Dia memohon mahkamah untuk memotong gaji bekas suaminya supaya bekas suaminya tidak terlewat untuk membayarnya.
Allah maha mendengar
Mahkamah telah memerintahkan bekas suaminya untuk membayar RM20,440 secara keseluruhannya ataupun Rm300 untuk setiap bulan.
Pesanan buat ibu tunggal
Pesanan buat ibu tunggal di luar sana turut ditinggalkan. Menurutnya, nafkah tersebut sedikit sebanyak mampu meringankan beban seorang wanita dalam membesarkan anak.
Sumber: Nurul Asyikin Binti Rafiee